Wednesday 22 June 2011

Tareq Accident!



Malam ini sesungguhnya antara malam paling ngeri dalam hidup ummi. Sebentar tadi anak sulung ummi Tareq Syaddad telah dilanggar sebuah motosikal sewaktu kami berjalan-jalan di pasar malam. Alhamdulillah, ummi amat bersyukur kerana tiada apa yang buruk menimpa anak sulung ummi itu walaupun sedikit calar di tubuhnya. Kepada Allah ummi panjatkan kesyukuran yang tak terhitung banyaknya kerana telah melimpahkan rahmatNya pada Tareq. Sungguh ummi amat terkejut. Dengan kedua belah mata ummi ini,ummi melihat bagaimana dengan pantasnya segalanya terjadi.
Hanya dalam sekelip mata, ummi yang waktu itu sedang membeli pesanan bihun sup dari abi,dan abi pula terlepas pegangan pada Tareq yang ingin bersama adik-adiknya…Ummi terdengar panggilan abi pada Tareq,sepantas ummi menoleh terdengar bunyi brek dan air soya yang Tareq pegang jatuh ke tanah bersamanya. Entah mengapa, antara saat yang paling tidak dapat ummi lupakan adalah detik melihat dia jatuh dan masih sempat cuba menahan kemaraan motor itu dengan jemari kecilnya sambil mata yang amat terkejut dan takut melihat kepada pemandu motosikal itu. Yang terdaya ummi lakukan waktu itu hanya memjerit  “Ya Allah!!!” sekuat hati dan berlari padanya. Subbahanallah…rasanya separuh diri ummi terbang,entah kemana. Pertimbangan ummi juga tidak berada di tempatnya. Maha Besar Allah yang menciptakan kasih sayang, baru ummi sedar besarnya kasih ibu pada anaknya memang tak terhitung dek titisan air mata!
Syukur,memang tidak ada sedikit pun cacatnya anak ummi itu. Alhamdullillah…tapi getarnya pada hati,lutut dan sendi-sendi ummi tidak mudah ummi usir begitu saja. Pulang ke rumah ummi solat Isyak dan munajat panjang pada Allah… “Mengingati Allah jiwa akan merasa tenang.” Alhamdulillah sekali lagi kerana Dia yang menciptakan getar itu dan dia juga yang menghapuskannya. Lantas tatkala itu ummi juga terkenang akan makhluk lain di muka bumi ini, mengapa kita ini mudah sekali melupai Tuhan. Walahal mengingatiNya amat mudah sekali gus mengecap  indahnya nikmat dan keindahan titisan Rabb pada hati. Andai nak ummi gambarkan detik itu,jelas memang ummi amat-amat terkejut. Cukuplah ummi bayangkan yang memang ummi rasa hampir pitam melihat kejadian itu. Nauzubillahminzalik, janganlah ia berulang lagi pada ummi.
Ingin ummi kongsikan beberapa pengajaran yang ummi perolehi : -
1.       Saat kejadian itu ummi sedar benarlah firman Allah bahawa kasih sayang dan tanggung jawab anak pada ibu bapa tidak mungkin dapat membalas semua jasa mereka. Ini kerana jelas kasih sayang kedua orang tua sepanjang mendewasakan anak-anak adalah di luar pengetahuan anak-anak itu sendiri kecuali apabila mereka sendiri bergelar ayah dan ibu. Kasih sayang dan belas ihsan ibu bapa pada anak-anak yang Allah jelmakan dalam jiwa mereka begitu dalam dan ikhlas. Maha suci Allah yang menciptakan kecintaan yang sebegitu rupa, sehingga memungkinkan seorang ibu atau bapa itu berkorban apa saja demi anaknya. Subbahanallah…
2.       Waktu ummi masih mengenang detik itu di dalam kereta ummi terfikir,apalah agaknya akan berlaku pada ummi andai Allah tidak melindungi Tareq waktu itu. Astaghfirullah..cepat ummi tersedar,bukankah dunia ini milik Allah keseluruhannya? Allah menciptakan segalanya,dan telah Allah peringatkan bahwa segalanya hanya pinjam-pinjaman. Andai sampai masanya,andai telah tiba saatnya, dapatkah kita menidakkannya. Tersentap hati ummi bahawa anak itu memang anak ummi yang ummi kandung sembilan bulan,yang ummi lahirkan penuh keperitan,yang ummi besarkan dengan limpahan kasih sayang,andai pemiliknya inginkan dia kembali ummi wajib redha dan beriman kepada ketentuannya kerana anak itu hanya pinjam-pinjaman pada ummi…Subbahanallah,Allahuakbar!
3.       Tidak bergerak sesuatu kecuali dengan kehendak Allah. Ummi melihat wajah takut di mata Tareq waktu itu,juga lipatan kakinya di roda motor,juga sebelah tanganya menampung tubuhnya manakala sebelah lagi cuba menahan kemaraan motor itu. Perlindungan Allah menyelamatkan anak kecil itu sehingga tiada luka walau segaris calar di tubuhnya. Allah Maha Besar!
4.       Ummi juga kian sedar dan mengerti amanat,tanggungjawab ini adalah sangat besar ertinya pada ummi. Zahirnya seperti anak ummi yang amat memerlukan ummi,tapi andai di lihat dalam ruang kotak yang lebih besar,ummi juga amat memerlukan kasih sayang anak-anak ummi itu.Tanpa mereka kosong dan sunyilah hidup ummi. Dalam jerit pikuk kehadiran mereka, ummi sedar merekalah keindahan dan kerdipan bintang di malam dan siang ummi. Mereka bukan mengisi ruang kosong dalam kehidupan ummi tapi adalah titipan kasih sayang Allah pada ummi agar ummi beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Merekalah penghubung ummi pada syurga, pada kehebatan dunia, juga pada neraka andai ummi salah membentuknya,nauzubillah…Cuma ummi mmohon agar Allah sulamkan benih-benih sabar dan keteguhan iman dalam jiwa ummi dalam melentur anak-anak kecil ini. Cabaran membentuk sahsiah anak-anak ini sesungguhnya seperti sekam dalam api,baranya sentiasa ada tidak pernah padam. Andai terpercik setitis minyak sekali pun, maraknya bisa membinasakan…
Terima kasih Allah memberi  makna pada musibah yang datang. Menyingkap makrifat dalam rahsia yang tersimpan. Tentu saja ilmu itu milik Allah semuanya,dan tidak mungkin aku ketahui semuanya…Tapi Alhamdulillah,aku melihat dari kaca mata berbeza di ilhami agar aku memahami betapa kecil aku ini dan betapa sempit pemikiranku ini..Semoga perkongsian ini juga menyedarkan kita semua bahawa dunia ini bukan milik kita,berhentilah bicara tentang kehebatan kita,mungkin tiba masanya kita banyakkan bicara tentang kehebatan yang Maha Esa..Siapa kita sebenarnya?

Sunday 5 June 2011

Hari Keluarga



 4 Jun 2011, kami sekeluarga ke Morib untuk menyambut hari keluarga office Abi. Kami menetap di sebuah banglo di tepi pantai yang pada Ummi sangat cantik, besar dan selesa. Di sana kami memulakan aktiviti seawal tiba lagi kerana program yang ada agak padat juga...
Kami tiba di kediaman yang di sewa lebih kurang pukul 2 petang. Memandangkan kami sekeluarga belum makan tengahari lagi,jadi kami terus saja memilih salah satu gerai di tepi pantai Morib untuk mengisi perut. Selepas makan, aktiviti kami bermula,sambil beraktiviti ummi merajin-rajinkan tangan berklik-klik buat kenangan. Ummi sedari dulu memang sukakan laut,memandangnya menikmati suasananya seakan membrikan ummi energy yang luar biasa. Tapi sejak kahwin ni kuranglah sikit ke laut,abi tak macam ummi dia lebih sukakan suasana yang lebih happening. Well,we complete each other. Jom kita tengok gambar yang ummi sempat klik-klik dengan kamera buruk ummi!

Ha..inilah banglonya! Sampai jer ummi terus ambik gambar!

Si Achik ni blur lagi,tak tahu nak buat apa..

Sebelum kami mulakan apa-apa di banglo tu Abi excited tengok angin kuat. Terus main dengan abang and achik. Untuk Ima, ummi belikan dia pistol belon sabun. Bolehlah dia main dengan ummi tanpa mengganggu abang-abangnya.

Pandai ker?hehehe..

Kenapa tak nampak orang ni?Sebab ummi and abilah yang tengah pegang tali tu...

Inilah pemandangan pertama bila kami melangkah masuk ke kediaman kami.

Ini sebenarnya bilik tamu di tingkat atas,budak-budak ni dah tak sabar nak tengok bilik mereka.

Hmm..turun balik ummi kata. Nanti kita cari bilik. Ha..ni antara ruang di ruangan bawah.

Ini ruang dapur,luaskan?Achik sampai mendongak tengok kabinet,punyalah tinggi! hehehe..

Ini Sufiah,anak dara Roy yang comel sebaya dengan Imah.

Barulah tengok bilik tidur..

Cantik-cantik!

Pemandangan dari luar tingkap bilik ummi.

Time ke dapur, sama-sama prepare untuk dinner.

Sebelum matahari terbenam Abi ajak kami semua jalan-jalan ambik angin tepi pantai.

Seronoknya abang..dapat jalan-jalan!

Aktiviti malam kami bermula...

Sempat lagi ummi klik-klik lagi..

Sate! Tekalah berapa? 500 cucuk!

Bila nak nyala ni?


Ikan goreng tepung fresh dari laut, kentang lenyek dan buah.

Ni hasil tangan Pak Aziz, ketam masak kari.

Yang ni udang galah masak sweet sour. Ini cuma sebahagian sahaja,yang lain ada di buat goreng tepung dan bakar. 10 kg semuanya! Bak kata Abi,sampai julinglah makan udang! hehehe...

Balloon for kids.

Majlis kami mulai dengan doa selamat ringkas.

Sebahagian yang hadir.

Bakar..bakar..jangan tak bakar!

Imah dapat topeng..

Ini wife Ali,rancang jugak kami borak malam tu sampai Ali ajak dia balik. Kami pun berhentilah borak,rupa-rupanya tak jadi balik. Kacaulah!

Posing!

Makan-makan...

Abi dapat cabutan bertuah,bertuahnya...

Ini ruangan atas,ummi suka sangat tengok kemasan lantai kayu dan pintu kayu ni. Amat menggamit kenangan ummi pada sebuah rumah dimana ummi dibesarkan dahulu...

Imah..pagi-pagi dah siap!

Posing manja! Pandai dah anak dara ummi bergaya.

Pakcik Raja,penaja kediaman kami. Terima kasih pakcik! Semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki,amin...

 Kesayangan hamba...

Ima lagi..

Bye..nak siap-siap balik.

Klik!

Candid!

Tak siap lagi?




Peace!
Inilah orangnya yang rajin memukat ketam dan ikan yang menjadi antara hidangan kami malam tadi,tq Nik!