Monday 30 May 2011

Meriahnya Bila Semuanya Berkumpul!

Hujung minggu lalu kami sekeluarga berkumpul di rumah my little sister di Gombak. Bukan kami saja, ada Mak Long (semestinyalahkan), Mak Teh Sekeluarga, Pak Tam sekeluarga dan Pak Ndak n wife. Sesekali berkumpul begitu ummi rasa meriah sangat. Anak-anak ummi seronok bukan main! Masing-masing bermain sampai tak ingat nak diam langsung! Hmm...meriahnya rasa,sebab kadang-kadang bila raya pun jarang dapat berkumpul begitu. Almaklum,masing-masing ada giliran dengan rumah mertua termasuklah ummi.
Inilah masa yang di tunggu-tunggu..Masa makan! Tapi ni dah trip yang ke-2,biasalah yang kemudian ni biasanya para ibu-ibu yang para bapa dan kanak-kanak dah makan dulu..So, sempatlah berborak-borak sambil makan...

Amboi..sedapnya Mak Teh..sampai menggigit tulang..hehehe...

Anak-anak ummi dan sepupu-sepupunya bermain di luar rumah


Ha..ni Pak Tam n family nak balik dah,nak hantar si Hafiz balik ke Kuala Kubu sebelum singgah ke kampung pula.
 
Pak Tam dan anak-anak..

Hmm..monung apo tu Pak Ndak?

My hubby, Pak Teh n Azri menonton TV

Rajinnya Mak Ndak mencuci pinggan.

Ha..Inilah Arif Iskandar si kecil yang baru berusia dua bulan setengah,tapi Masya Allah, semangat betul!hehehe...

Inilah Uwan kesayangan kami yang baru keluar hospital. Nak balik kampung dah..tu yang nampak berseri-seri tu...kerana dialah kami semua berkumpul,alhamdulillah..Seronok dia bila anak, cucu,dan cicit sebahagianya dapat berkumpul.

Ha..Ini aktiviti special mak teh n Farah petang tu bila semuanya dah balik..Apam Pokedot! sedap..memang sedap, ada inti bluberry lagi..Yummy! Ummi tak buat sebab tolong jagakan si kecil Arif.

Sesekali bersua muka,kami up datelah perkembangan masing-masing. Bila yang jauh kita dekatkan terasa ukhwah yang terbina terpahat kukuh dalam hati dan sanubari. Bila harta benda bukan ukuran kasih sayang, apabila pangkat dan kedudukan bukan cerminan kemanusiaan, bila kemesraan jelas ikhlas pada wajah dan jiwa..bila bertemu walau lama serasa amat seketika...Mak Long dari kampung, Pak Tam dari Terengganu, Mak Teh dari Perak dan Pak Ndak dari KL,walau kami sangat jarang bertemu, berhubung melalui telefon juga jarang tapi kasih sayang yang sedia terjalin amat mengesankan! Sebab tu ummi suka sangat-sangat balik kampung, bukan hanya kerana itulah satu-satunya kampung yang ummi ada,tapi kasih ikhlas yang sentiasa ummi terima...Alhamdulillah..semoga semua daripada kami sentiasa menerima rahmat dan kebahagiaan daripada Allah! Amin...

Wednesday 25 May 2011

Selamat Ulangtahun Ke-2 Fatimah!

Ulangtahun Fatimah anak bongsu ummi pada 24 Mei yang lalu di sambut dengan agak meriah di rumah. Tidak dinafikan,persiapanya memang agak lebih sedikit memandangkan ummi ingin menebus kekurangan yang tidak begitu beria-ria menyambut ulangtahunya tahun lalu. Bukan apa, ulang tahunya yang lalu kebetulan hanya beberapa bulan selepas pemergian ibu tercinta..Alhamdulillah ramai yang hadir..my lovely sister and all her wonderful kids, anak-anak Tadika Az-Zarif dan jiran-jiran terdekat. Maaflah pada yang tidak dijemput sebab walau pun ummi nak buat meriah tapi majlisnya sederhana sahaja..Terima kasih semua atas kehadiran yang amat menggembirakan hati Fatimah dan mengundang rasa 'jeles' pada abang-abangnya hehehe...Sampai tak sabarlah masing-masing nak harijadi! Sabar,lambat lagi,ummi kata hehehe...
Kami mulai majlis itu dengan doa selamat ringkas untuk Ima dan anak-anak yang lain...Alhamdulillah,anak-anak Az-Zarif ni hampir semuanya dah boleh baca Al- Fatihah sebagai pembuka doa. Sejuk hati ummi..


Fatimah tersenyum gembira sangat menyambut kehadiran sahabat-sahabat abang-abangnya..

 Ketibaan anak-anak Az-Zarif hampir sama dengan kedatangan Ammar, ibu dan adik-adiknya.


Kek Upin dan Ipin,character kesukaan Fatimah. Tq Abi yang belikan kek ni! Bukan Fatimah jer suka, anak-anak yang lain pun tumpang exited!

Ummi masak semua, done in less than two hours hehehe..terror tak?

Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu...!Acara di tunggu-tunggu,potong kek!

Sebahagian jiran tetangga yang menghadirkan diri, syukran!



Majlis berakhir lebih kurang pukul 3.00 petang..Terima kasihlah semua..Happy sangat..next will be Tareq and Achik turn...tQ very,very much to Abi,yang baik hati sponsor semuanya,semoga rezeki abi semakin melimpah ruah dan diberkati! For Fatimah, ummi doakan moga diberikan kemuliaan dan akhlak sebaik puteri Rasullullah Fatimah Az-Zahra dan menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat,amin!

Wednesday 18 May 2011

Dunia Baruku...

Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, “Mencari ilmu adalah fardhu bagi setiap orang Islam.” (Sahih – Ibnu Majah [0184])

Dunia baru aku baru bermula...Pada 14 Mei 2011 lalu aku mendaftarkan diri di UM,KL...Cuma ambil sijil saja di Akademi Pengajian Islam. Mula-mula aku pun tak berapa pasti kenapa bidang ini yang aku pilih,tapi kehendak Allah meyakinkan segalanya. Hairanya, idea nak bertukar bidang ni dah lama dalam kepala tapi bila cik abang sayang bagi idea (lebih kurang sebulan yang lalu) aku pun mula ambil serius idea menyambung pelajaran ni...
Ironinya,kerana bidang yang aku ambil ini sangat bertentangan dengan apa yang aku pernah ceburi dulu,soalan yang paling kerap aku terima "lepas ni nak buat apa bila habis blaja?". Secara peribadi aku pun belum ada idea lagi hahaha...Tapi yang aku tahu aku hanya ingin belajar,apalagi ilmu agama ini mungkin sebahagian besarnya wajar aku pelajari sedari dulu lagi!
Aku memilih pengajian Usuludin,padahal awalnya aku bercadang untuk ambil Syariah. Tapi apabila sampai di UM bila aku bertanya perbezaan dua bidang ini aku lebih tertarik pada Usuludin. Petang itu juga pengajian bermula...Hari pertama,kuliah pertama,minggu pertama, aku rasa seluruh tubuhku mengeluarkan aura yang luar biasa! Selama dua jam itu aku memandang pensyarahku memberikan syarahan tanpa keluh kesah mahu pun mengantuk. Ada juga student2 UM yang ikut sama dalam kuliah tersebut. Yang nyata aku amat merasa cemburu pada mereka. Betapa bertuahnya kalian...sungguh banyak ilmu baru yang tidak pernah aku dengar aku ketahui sama sekali...Terasa begitu kerdil dan rugi yang amat sangat!

Aku sujud syukur hari itu,tanda aku amat mensyukuri di kurniakan nikmat belajar yang tak terhingga nikmatnya! Aku gembira di berikan kesempatan menghirup harumnya taman syurga di dewan kuliah itu...dan aku amat berterima kasih pada suamiku yang tercinta kerana memungkinkan segalanya menjadi nyata...Malah air mata ku mengalir deras seusai solat zohor sejurus aku diterima di akademi itu. Aku kini bergelar pelajar lagi! Aku kini akan ada rutin baru selain menguruskan rumah tangga..Alhamdulillah..kepada Allah aku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran. Kecintaan aku pada ilmu amat dalam! Dalamnya sehingga aku mencari-cari ruang dan lorong-lorong kecil untuk aku melabuhkan kefahamanku...

Surah An-Naml [27] : 15
Dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman".
Indahnya perancangan Allah..aku pernah bercita-cita untuk berada di UM sewaktu di bangku sekolah lagi. Saban tahun bila fikirkan tentang kemasukan di U tempatan aku selalu menginginkan tempat ke UM di mana ibu pernah belajar dulu..Maha Agung Allah yang mengabulkanya walaupun setelah aku berusia 32 tahun,tidak pernah terlintas aku akan bakal mungkin berada di sini di usia ini,juga pada bidang yang amat asing bagiku...
Pada yang bertanya padaku apa rancanganku selepas ini,bohonglah kalauku katakan tiada. Tapi sejujurnya asalnya memang tiada! Kita terlalu dimomokkan dengan pandangan apa yang kita pelajari itulah yang akan kita jadi..tanpa menyedari kepentingan menuntut ilmu itu lebih dari urusan duniawi sebenarnya,apalagi bila ilmu itu bukan lagi bersifat keduniaan semata-mata...

"Antara nikmat terbesar yang dikurniakan kepada manusia adalah nikmat akal untuk belajar dan memahami ilmu dalam menjalani kehidupan di dunia dan persediaan untuk akhirat. Maka antara tujuan kita dalam usaha menuntut ilmu adalah sebagai tanda syukur atas segala macam nikmat-Nya."

Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa saja yang menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberikan kepadanya kemudahan jalan menuju syurga.” (Sahih, At-Tirmidzi [2646])

Aku mencari syurga,negeri yang kekal abadi..Sahabat... moga semuanya mengerti dan dapat memahami bukan mudah perjalanan ini dan semoga aku tetap dibekalkan kekuatan dan ketetapan iman serta kefahaman sempurna, insya Allah! Doakan aku, semoga tetap teguh di jalan ini dan semoga ia memberikan aku kesudahan yang baik,amin...

Monday 9 May 2011

Keutamaan Majlis Ilmu

Keutamaan majlis ilmu disebutkan Rasulullah saw dalam sabdanya,”Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu dari rumah Allah swt lalu membaca kitab Allah swt, mempelajarinya di antara mereka kecuali akan turun kepada mereka ketenangan, mereka diliputi dengan rahmat dan dikelilingi para malaikat dan mereka pun di sebut-sebut Allah di hadapan hamba-hamba yang ada di sisi-Nya.” (HR. Tirmidzi: Hadits Hasan Shahih).
Didalam riwayat dari Muawiyah bahwa Rasulullah saw keluar menuju suatu halaqoh (pekumpulan) para sahabatnya. Beliau saw bertanya,”Majlis apa kamu ?” mereka menjawab,”Kami melakukan majlis ini untuk mengingat Allah swt, memuji-Nya yang telah menunjukkan kami kepada agama islam dan nikmat-nikmatnya kepada kami.” Beliau saw bersabda,”Jibril as telah mendatangiku dan memberitahuku bahwa Allah swt membanggakan kalian dihadapan para malaikat.” (HR. Tirmidzi dan Nasa’i, Tirmidzi: Hadits Hasan Shahih).
Indahnya menghadiri majlis ilmu,terasa ketenangan, kekuatan dalam jemaah, merasa kasih sayang dan rahmat dari Allah dan paling memberi kesan ilmu yang di perolehi serasa amat menghidupkan dan menjernihkan hati... Sungguh saya merasa amat rugi pada mereka yang meninggalkan keberkatan majlis ilmu. Berdasarkan hadis di atas, amat bertuah bagi mereka yang memberatkan majlis ilmu. Bukan sahaja mendapat kemuliaan di dunia malah di langit juga. Pernahkah terbayang bagaimana agaknya  gambaran nama kita yang masih hidup di dunia ini di sebut-sebut dan di banggakan di langit walhal kaki kita masih memijak di bumi. Subhanallah.. Andai antara kita di dunia ini mengetahui,pasti kita berebut-rebut menghadiri majlis ilmu.
Usahlah kita campur adukkan kemuliaan majlis ilmu ini dengan kata-kata nista yang mencemar kemuliaanya..Kisah-kisah yang tidak perlu, perbezaan yang direka cipta, unsur-unsur yang memecah belahkan ummat..amat menyedihkan..sangat-sangat menyedihkan bila kemuliaan majlis ilmu di cemari sebegitu! Ambillah kebaikan dan persamaan antara kita iaitu kita ingin kemuliaan dan rahmat dari Allah. Tidakkah merasa rugi melepaskan peluang begitu mudah memperolehi kebaikan selagi usia masih tersisa?
Sebagai penutup bicara, marilah kita sama-sama renungi kisah yang saya petik daripada hadis Qudsi ini...

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a ia berkata : Dari Nabi s.a.w, beliau bersabda : Sesungguhnya Allah Yang Maha Memberkahi lagi Maha Tinggi memiliki banyak malaikat yang selalu mengadakan perjalanan yang jumlahnya melebihi malaikat pencatat amal, mereka senantiasa mencari majlis-majlis zikir. Apabila mereka melihat satu majlis zikir, maka mereka akan ikut duduk bersama mereka dan mengelilingi dengan sayap-sayapnya hingga memenuhi jarak antara mereka dengan langit dunia. Apabila para peserta majlis telah bersurai mereka naik menuju ke langit.

Beliau melanjutkan : Lalu Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung menanyakan mereka padahal Dia lebih mengetahui daripada mereka : Dari manakah kamu sekalian? Mereka menjawab : Kami datang dari tempat hamba-hamba-Mu di dunia yang sedang mensucikan, mengagungkan, membesarkan, memuji dan memohon kepada Engkau.

Allah bertanya lagi: Apa yang mereka mohonkan kepada Aku? Para malaikat itu menjawab : Mereka memohon surga-Mu.

Allah bertanya lagi: Apakah mereka sudah pernah melihat syurga-Ku? Para malaikat itu menjawab : Belum wahai Tuhan kami.

Allah berfirman : Apalagi jika mereka telah melihat syurga-Ku? Para malaikat itu berkata lagi : Mereka juga memohon perlindungan kepada-Mu.

Allah bertanya: Dari apakah mereka memohon perlindungan-Ku? Para malaikat menjawab: Dari neraka-Mu, wahai Tuhan kami.

Allah bertanya: Apakah mereka sudah pernah melihat neraka-Ku? Para malaikat menjawab : Belum.

Allah berfirman: Apalagi seandainya mereka pernah melihat neraka-Ku? Para malaikat itu melanjutkan : Dan mereka juga memohon ampunan dari-Mu.

Beliau bersabda kemudian Allah berfirman : Aku sudah mengampuni mereka dan sudah memberikan apa yang mereka minta dan Aku juga telah memberikan perlindungan kepada mereka dari apa yang mereka takutkan.

Beliau melanjutkan lagi lalu para malaikat itu berkata : Wahai Tuhan kami! Di antara mereka terdapat si Fulan yaitu seorang yang penuh dosa yang kebetulan lewat lalu duduk ikut berzikir bersama mereka.

Beliau berkata lalu Allah menjawab: Aku juga telah mengampuninya karana mereka adalah kaum yang tidak akan sengsara orang yang ikut duduk bersama mereka. (HR Muslim)




Wallahua'lam.

Saturday 7 May 2011

Mahalnya Harga Kasih Sayang..

Salam...Lamanya dah tak bercoretan. Di kesempatan ini saya ingin mengajak semua berkasih sayang di antara satu dengan yang lain..Sebetulnya saya bukanlah manusia yang lengkap dengan kesempurnaan. Juga bukanlah orang yang sentiasa kaya dengan kasih sayang,masih ada nafsu,amarah, dendam...iri hati,dengki,kecewa dan segalanya yang ada pada manusia..Tapi saya sangat-sangat rindukan pada naluri manusia yang saling berkasih sayang, dan sungguh, saya sangat bermohon agar Allah itu kayakan saya dengan kasih sayang..Juga sangat berdoa agar di kayakan dengan iman dan harta dunia agar ia menjadikan kasih sayang saya itu terzahir dan menggembirakan makhluk yang lain pula.
Begitu pun saya sangat tidak bersetuju jika kita mengukur kasih sayang dengan harta benda..Nikmatnya kasih sayang itu adalah kurniaan Allah paling agung. Nama Allah, Ar-Rahman & Ar-Rahim adalah bukti kewujudan kita di dunia ini tidak lain dan tidak bukan kerana kasih sayang Allah.
"Siapa yang tidak sayang pada manusia, maka tidak akan disayang oleh Allah." (HR Abu Dawud, At-Tirmidzi, Al-Balhaqi. dan Al-Bukhari dalam Adab Al-Mufrad).
Hadis di atas kerap sangat kita baca atau dengar,tapi sedikit sungguh antara kita dapat benar-benar memahami dan mengamalkanya..Kasih sayang antara sesama insan,sesama ibu bapa,sesama adik beradik,sesama jiran tetangga,sesama rakan-rakan hatta sesama muslim sekali pun. Saya teringat arwah ibu yang sangat kaya dengan senyuman dan kesabaran. Dia selalu berusaha untuk senyum dan melahirkan kasih sayang. Hasilnya saya melihat dia disayangi segenap lapisan masyarakat..tua,muda, besar dan kecil. Kunci yang pertama yang saya fahami adalah senyum yang tulus ikhlas..disitulah segalanya bermula...
Hari ini, di tengah kesibukan kota,di kelilingi hutan-hutan batu...jiwa manusia hampir sama seperti tegaknya dan kerasnya binaan batu bata ini...Saya merasa amat terpinggir,amat kecil,kecewa dan adakalanya merasa amat tersiksa...Persoalan kesibukan dan kesinambungan material, sangat membunuh jiwa-jiwa kecil seperti saya...Kita sangat melihat kasih sayang dalam sudut yang lebih rapuh,permodenan hari ini juga membawa jiwa kita makin sempit dan terhimpit.
Acapkali benar kita mengungkapkan alasan kesibukan kerja pada insan-insan yang menyayangi kita,mengasihi dan merindui kita...Mahalnya harga kasih sayang hari ini..Dalam kemajuan teknologi internet, facebook, sms, panggilan jauh hingga ke luar negera,alasan-alasan yang tak masuk akal ini terlalu mudah menjadi ungkapan rasmi kita...Kalaulah bukan kerana sifat Allah yang Maha Kuasa,Yang Maha Besar,Yang Maha Mentadbir, tidakkah kita rasakan Allah juga bisa atau mungkin saja melupakan kita? Tidak takutkan kita kalau-kalau Allah terlupa pada kita dalam kesibukanya mentadbir alam dan seluruh manusia..Maha Suci Allah yang Maha Kuasa,Maha Besar,ia tak mungkin terjadi! Tapi andai kita fikir secara wajar, siapalah kita untuk terlupa atau melupakan mereka-mereka yang sepatutnya sungguh bermakna pada kita. Bukan ramai pun,paling tidak jumlahnya bukanlah penuh sekapal kalau ramai pun ye tak?
Suatu ketika Nabi pernah ditanya oleh seseorang, "Wahai Rasulullah, ada seorang perempuan sering bangun malam (tahajjud), selangnya berpuasa, dan gemar bersedekah, tetapi dia suka menyakiti tetangganya." Rasulullah berkata. "Tidak ada kebaikan baginya, dia akan masuk neraka." Orang itu bertanya lagi. "Wahai Rasul, ada lagi perempuan yang cuma solat yang wajib-wajib saja dan bersedekah sekadar kemampuannya tetapi ia tidak suka menyakiti orang." Beliau bersabda, "Dia termasuk ahli surga." 
Mahalnya harga kasih sayang..mahal juga ganjaranya..seperti saya katakan di atas tadi,saya juga manusia penuh kekurangan,kesilapan dan sangat kerdil sebenarnya dalam soal berkasih sayang. Tapi saya sangat berharap saya di kasihi dan di rahmati Allah dengan kasih sayangNya..Juga sangat berharap di kurniakan dengan kasih sayang sesama makhluk..Marilah kita berkasih sayang,dalam kekurangan kita usahlah kita menabik dada melihat istilah kasih sayang itu dalam kotak kecil yang kita kunci dalam tugu indah ciptaan kita. Mungkin sudah masanya kita mendidik hati kita melihat segala kesalahan lalu sebagai tanda kekuasaan Allah untuk menguji kesabaran dan keimanan kita. Tentu saja kita tidak mahu di anggap dan di label sebagai makhluk yang sombong dan kedekut di akhirat kelak nauzubillah...Jom berkasih sayang, it won't cost you a penny!