Wednesday 28 December 2011

Seorang Pejuang


Aku terpaku pada tulusnya hati seorang pejuang..
Aku terpaku pada jernihnya jiwa seorang pejuang..
Aku terpaku pada indahnya lontaran kata yang lahir dari seorang  pejuang..

Walau begitu lembut bahasa dipertuturnya
Walau begitu halus bait-bait bicaranya
Walau begitu kerdil dia melihat dirinya..
Aku melihat dia, mereka...
   begitu besar dan gah jiwanya

Ikhlasnya mereka pada sebuah perjuangan
Ikhlasnya mereka pada sebuah kepayahan
Ikhlasnya mereka pada dunia yang memandang kecil dan hinanya mereka...

Ya Allah...
Kupanjatkan doaku buat pejuang-pejuangMu ini
Moga Kau limpahkan rahmat-Mu dan kesempurnaan kasih sayang-Mu buat mereka
Biar dalam payah dan getirnya..
Biar dalam perit dan sesaknya..
Biar dalam sakit dan deritanya..
Kau ciptakanlah rahmat kepadanya..
Moga kasih sayangMu tetap bersama mereka

Ciptakanlah bagi mereka kediaman indah di Firdaus Mu buat mereka
Kerana mereka pembela agamaMu
Kerana mereka pejuang agamaMu
Kerana mereka menegakkan syiarMu..

Moga buat mereka keberkatan dan kemuliaan..

Semoga Ya Allah...
Aku di kurniakan kekuatan yang sama
Semoga Ya Allah...
Aku di berikan keimanan yang sempurna
Semoga Ya Allah...
Syurga itu milik aku dan mereka..
Amin...


*Buat mereka yang bergelar pejuang

Wednesday 7 December 2011

Aku Nak Jadi Supermak!!!

Ummi nak jadi Supermak, boleh tak? Bolehlah...Bolehlah ye...hehehe..Apalah yang Ummi nak merepekkan sangat ni! Kenapa Ummi nak jadi supermak? Sebab Ummi merasakan terlalu banyak kerja yang perlu Ummi lakukan sekarang. Ummi kini adalah isteri, ibu, Pengurus, Palajar UM, Ketua Guru dan Guru kepada Pasti Imtiyaz Kids. Wah..banyaknya yang Ummi lakukan sekarang..Sangat banyak bagi Ummi dan sangat mendadak!

Namun benarlah firman Allah : -
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
[al-Ankabut, ayat 69]

Ummi bermula segalanya hanya dengan mempelajari dan memperkayakan diri Ummi dengan mengenal Allah. Mencari diri Ummi dan penciptaNya dan berdoa moga-moga Allah menunjukkan Ummi bagaimana mencari redhoNya. Alhamdulillah...segalanya cukup lengkap dan teratur. Satu persatu Allah mengatur hidup Ummi dengan susunan yang sangat lengkap dan menarik Teringat Ummi kata-kata Dr. Fadhilah Kamsah yang mengatakan bahawa setiap fasa hidup kita ini amat menarik dan di cipta untuk mematangkan dan mencantikkan perjalanan hidup kita.
Cuma mengingini menjadi Supermak adalah suatu keinginan yang datang saat Ummi merasakan tuntunan kerja yang sangat mendadak dan mendesak...Hari-hari biasa yang sibuk, hujung minggu yang berkisar di kampus dan Ummi berusaha memenuhi kehendak berlibur bersama keluarga di hari minggu... Cuma halangan yang datang juga bila tuntutan kerja yang ada memohon pengorbanan suami dan anak-anak pada hari libur yang sewajarnya hanya untuk keluarga sahaja pada asalnya...Alhamdulillah, Ummi amat berterima kasih pada seluruh ahli keluarga yang memahami dan setakat ini masih membantu dan bekerjasama.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (al-Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.” [al-Anfal, ayat 29]

Syukur juga ke hadrat Illahi atas kelapangan yang Ummi rasai walaupun dalam kesempitan yang Ummi rasai..Sekadar ingin menjadi Supermak, satu dongengan yang tidak mungkin Ummi temui hehehe...mengenangkannya Ummi gembira kerana Ummi adalah Ummi. Rasullullah yang memikul beban dakwah yang lebih berat pun tidak pernah memohon kepada Allah untuk memiliki kuasa yang luar biasa seperti dongengan super hero yang biasa kita dengar.

Surah Muhammad, ayat 7: -
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

Semoga apa yang Ummi lakukan ini mendapat kelebihan di sisNya di dunia mahupun akhirat. Amin...

Monday 5 December 2011

Cuti Maal Hijrah, Walimah and Holiday!

Cuti panjang Maal Hijrah baru-baru ini Ummi dan keluarga habiskan di Pendang,Kedah. Sebenarnya berada di sana untuk meraikan perkahwinan dua pupu Ummi yang kami panggil Hafis sahaja. Tempoh kami di sana sangat singkat, tapi apa yang menarik ingin Ummi kongsikan adalah kebersamaan Ummi bersama-sama ahli keluarga yang amat Ummi sayangi - Uwan, Mak Long dan Mak Teh sekeluarga. Pak Ndak dan Mak Ndak pun ada juga tapi pulang lebih awal pada malam sebelumnya.

Kami tiba di Pendang lebih kurang selepas Zuhur, dan terus ke rumah pengantin perempuan. Selepas makan dan beramah mesra dengan ahli keluarga lain yang berada di sana kami pulang ke Homestay Kiara yang telah di tempah dua minggu sebelum majlis tersebut. Terima kasih kepada Achik dan keluarga di Kedah yang membantu kami mendapatkan Homestay ini walaupun pada waktu cuti sekolah ini.

Malamnya selepas berehat Ummi dan Mak Teh sekeluarga bershopping sakan di sebuah kedai kain yang amat terkenal di Pendang. Kedai Kain Lim,Pendang adalah satu kedai yang Ummi tak mungkin lepaskan peluang apabila berpeluang ke sana. Kenapa? hmmm..datanglah kalau nak tahu..setakat kain yang semeter RM8 di Kedai kain Nagoya kami dapat beli dengan harga RM15 untuk 4meter! Hehehe..Mak teh pun bukan main lagi berbelanja, yang lawak tu balik promote kat Mak Long pulak! Mak Long yang mula-mula malam tu jual mahal nak pegi, esok pagi-pagi terpengaruh jugak berbelanja di sana ;p .

Sebelum pulang kami singgah di rumah Achik di Pendang juga...hmmm..seronoknya dihidangkan pisang goreng panas dengan teh 'o sambil berbual dengan angin sepoi-sepoi bahasa di tepi bendang..Nyaman, tenang dan amat mengujakan apalagi bila Uwan yang jarang berbicara semenjak tiba, mula mengundang kenangan sewaktu dia mengusahakan sawah bendang bersama arwah datuk suatu masa dahulu. Terfikirlah Ummi andai waktu itu arwah ibu masih ada tentu lengkap kisah nostalgia yang cuma di ungkapkan...

Selepas borak, dan menjamah juadah juga tidak lupa pada Pak Teh yang rajin klik-klik sana sini, Mak teh dan keluarga mengambil keputusan untuk pulang dahulu. Ummi sekeluarga pula pulang selepas makan tengahari dan solat Zuhur. Ummi cuma klik-klik sedikit gambar sebelum check out dari Homestay kami..Marilah berkongsi sedikit kenangan klik-klik Ummi..


Comelnyer Mak Teh senyum...

Uwan..

My three kids with their Pak Su Nuar


Mak Long yang masih manis lagi..