Wednesday 28 December 2011

Seorang Pejuang


Aku terpaku pada tulusnya hati seorang pejuang..
Aku terpaku pada jernihnya jiwa seorang pejuang..
Aku terpaku pada indahnya lontaran kata yang lahir dari seorang  pejuang..

Walau begitu lembut bahasa dipertuturnya
Walau begitu halus bait-bait bicaranya
Walau begitu kerdil dia melihat dirinya..
Aku melihat dia, mereka...
   begitu besar dan gah jiwanya

Ikhlasnya mereka pada sebuah perjuangan
Ikhlasnya mereka pada sebuah kepayahan
Ikhlasnya mereka pada dunia yang memandang kecil dan hinanya mereka...

Ya Allah...
Kupanjatkan doaku buat pejuang-pejuangMu ini
Moga Kau limpahkan rahmat-Mu dan kesempurnaan kasih sayang-Mu buat mereka
Biar dalam payah dan getirnya..
Biar dalam perit dan sesaknya..
Biar dalam sakit dan deritanya..
Kau ciptakanlah rahmat kepadanya..
Moga kasih sayangMu tetap bersama mereka

Ciptakanlah bagi mereka kediaman indah di Firdaus Mu buat mereka
Kerana mereka pembela agamaMu
Kerana mereka pejuang agamaMu
Kerana mereka menegakkan syiarMu..

Moga buat mereka keberkatan dan kemuliaan..

Semoga Ya Allah...
Aku di kurniakan kekuatan yang sama
Semoga Ya Allah...
Aku di berikan keimanan yang sempurna
Semoga Ya Allah...
Syurga itu milik aku dan mereka..
Amin...


*Buat mereka yang bergelar pejuang

No comments:

Post a Comment