Wednesday 13 April 2011

Birthday Faris!

Happy Birthday Faris!!! Happy sangat hari ni berpeluang bawak adik saya Farah yang baru sangat habis pantang tu ke McDonald Sri Gombak untuk meraikan hari jadi anak keduanya,Faris Iskandar. Wah, riuh satu McD tu di buatnya. Gabungan 5 orang anak kami bermain-main di situ orang lain tak boleh dah nak join hehehe..kira dah penuhlah... Jadiklah,nak buat party besar-besaran tak dapat jadi diraikan bersama ummi & the gang pun dah cukup meriah! Semoga menjadi anak yang soleh, beriman, berilmu dan beramal yer Faris..Ummi doakan semoga Faris juga menjadi penyejuk mata ayah & ibu,amin..Sempat juga saya rakamkan detik-detik kegembiraan kami semua..Jangan tak tau bukan ajer anak-anak buat riuh, suara Ibu & ummi yang bising marahkan anak-anak macam bertih jagung pun sama rancak..tapi biasalah anak-anak ni buat dek' jer..Sambil-sambil kami dua beradik pun pok-pek pok-pek borak tak habis-habis hehehehe....









Posing!!! Memang klass kalau suruh posing! Ni si kecil Arif belum pandai lagi ni,kalau tak mesti sama ligat hahaha... Ibunya pun makan tak ingatlah,mentang-mentang dah merdeka..Apa pun balik, belum sampai rumah masing-masing dah pengsan dalam keta..amannyer ummi rasa drive..tapi sampai rumah macam dah charge bateri, masing-masing melompat balik macam tak reti penat,hai..baru ingat nak rehat..hmm..takder makna nyer.. ;p Anyway,rasanya aktiviti begini seronok kalau diadakan selalu..seronok2..seronok!macam kata upin & ipin hehehe...

Friday 8 April 2011

Saya mesti muslim dari sudut akhlaq.

Setiap muslim tidak lengkap sekadar mengungkapkan kata bahawa dia itu adalah Islam semata. Dalam mencorak kehidupan kita di dunia ini wajarlah kita ingat sesungguhnya antara perkara yang perlu kita ingat sebagai khalifah bukan sekadar hanya menjaga hubungan dengan Allah malah sesama makhlukNYA. Solat umpamanya andai kita hayati sepenuhnya adalah satu satu ibadah yang mengajar kita untuk tunduk dan patuh pada Allah,merendahkan diri kita kepadaNYA dan mengakui kebesaran Allah sebagai pencipta. Pernah tak kita terfikir bahawa salam yang kita ungkapkan dihujung solat itu untuk siapa? Salam itu bukan untuk Allah,ia sebenarnya untuk makhluk- malaikat, manusia dan segala makhluk lain di sekeliling kita. Indahnya Islam itu mengajar kita bahawa kehidupan kita di dunia ini bukan sekadar antara kita dengan Pencipta sahaja tetapi juga pada seluruh makhluk lain di bumi ini. Wajib ada dalam setiap seorang Islam itu akhlaq yang mulia. Antara ciri-cirinya:-


1) Warak 
Menjaga hak-hak Allah dan manusia lainya. Sentiasa berjaga-jaga dalam perkara-perkara yang syubahah,yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal.


2) Menjaga Pandangan
Seorang muslim wajib menjaga pandanganya dari melihat sesuatu yang haram. Ingatlah bahawa salah satu panahan syaitan adalah daripada pandangan mata.


3)Pelihara Lidah
Wajib memelihara lidah daripada kata-kata yang tidak berfaedah seperti mengumpat,mengata orang lain dan sebagainya.


4)Malu
Malu dalam semua keadaan. Ingatlah bahawa malu itu adalah sebahagian dari iman.


5)Lemah lembut dan sabar
Firman Allah:-
قُلْ يَا عِبَادِ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَـٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ ۗ وَأَرْضُ اللَّـهِ وَاسِعَةٌ ۗ إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ ﴿١٠
Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". (Surah Az-Zumar ayat 10)


6) Benar dan jujur
Sentiasa berkata benar walau pun pahit. Sifat dusta adalah sifat yang hina.


7)Tawaduk
Sentiasa merendah diri, jauhkan dari perasaan sombong. Muslim sejati ialah mereka yang tidak ada langsung perasaan takbur dan bangga diri.


8)Menjauhi sangka buruk,mengumpat dan mengejek keburukan orang lain.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ ﴿١٢
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al-Hujurat ayat12)


9) Bersifat pemurah


لَّيْسَ عَلَيْكَ هُدَاهُمْ وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ ۗ وَمَا تُنفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَلِأَنفُسِكُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُونَ إِلَّا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّـهِ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِنْ خَيْرٍ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ 

وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ ﴿٢٧٢
Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan. (Surah Al Baqarah ayat 272)

10) Contoh teladan yang baik
Sentiasa menunjukkan akhlak yang baik dan menjadi model kepada orang lain.



Semoga perkongsian serba kekurangan ini boleh membawa manfaat buat semua terutamanya diri saya sendiri. Minta maaf atas segala kekurangan..

Thursday 7 April 2011

Usrah: Tanda-Tanda Kiamat - Imam Mahdi

Salam. Ini adalah satu usaha saya untuk berkongsi nota-nota yang saya perolehi daripada kumpulan-kumpulan kecil yang saya hadiri. Selain itu ada antara hujah-hujahnya saya tambah berdasarkan kajian saya sendiri. Manakalanya selebihnya adalah apa yang saya perolehi daripada ahli-ahli usrah yang lain. 
Imam Mahdi atau nama sebenarnya adalah Muhammad Bin Abdullah. Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang soleh daripada keturunan Nabi Muhamad.Dia diangkat menjadi pemimpin ketika manusia di seluruh dunia begitu buruk keadaanya.Imam Mahdi akan diangkat sebagai pemimpin setelah dilihat beliau berilmu, berakhlak dan mempunyai banyak kelebihan, manusia pada zaman itu berharap agar Imam Mahdi ini dapat mengembalikan dunia kepada kebaikan.Imam Mahdi itu, tidak mengetahui bahawa dirinya itu adalah Imam Mahdi, yang ditakdirkan oleh Allah untuk diutus ke dunia, sebagai penyelamat umat akhir zaman. Begitu juga dengan umat akhir zaman, tidak tahu bahawa orang yang diangkatnya itu adalah Imam Mahdi. Imam Mahdi ini akan diketahui adalah Imam Mahdi apabila dia telah memegang pimpinan.Beliau akan menunjukkan perilaku yang baik, mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran..

Syekh al-Akbar Muhyiddin Ibn ‘Arabi qs, di dalam salah satu karyanya, Futuhat al-Makkiyyah mengatakan, “Ketahuilah bahwa al-Mahdi as itu pasti keluar, namun ia tidak akan keluar kecuali apabila dunia sudah penuh dengan kezaliman dan dialah yang akan melenyapkan kezaliman itu dan menggantikannya dengan keadilan.

Telah bersabda Rasullullah s.a.w, “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman. Dan apabila kezaliman itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezaliman. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)

Diriwayatkan bahawa pada akhir zaman nanti, dunia akan berada dalam keadaan kucar kacir. Peperangan, huru hara dan kejahatan berlaku di mana-mana di serata dunia. Sesungguhnya kemunculan Imam Mahdi di akhir zaman telah diyakini dan diimani oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan ramai tokoh-tokoh utamanya meriwayatkan hadith tentang Al-Mahdi. Di antara mereka ialah Abu Daud, At-Turmizi, Ibnu Majah, Imam Ahmad, At-Tabarani, An-Nasaie, Ibnu Hibban, Muslim dan Al-Bukhari (rujuk hadith di atas).

Sabda Nabi SAW,
“Orang ramai daripada Timur (Ikhwan itu benar-benar) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.”
“Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji.”

Berdasarkan hadis di atas dinyatakan bahawa salah satu tanda Imam Mahdi bahawa dia akan muncul dengan membawa panji-panji Hitam bersama angkatannya di mana pada waktu itu kemuncak perbalahan di antara pemimpin di Timur sedang memuncak. Para pemimpin Arab dikatakan bercakaran antara satu sama lain yang melibatkan pertumpahan yang amat dahsyat! Imam Mahdi muncul dan di angkat sebagai pemimpin. Pada waktu itu juga dikatakan bahawa bermula semula era kepimpinan khalifah. Imam Mahdi akan mendamaikan para pemimpin yang bertelingkah dan menegakkan hukum Allah.

Jika dilihat banyak sudah tanda-tanda kecil sebelum kedatangan Imam Mahdi. Antaranya pergolakkan di kalangan negara-negara Arab,pemimpin-pemimpin Arab bercakaran sesama sendiri dan kezaliman berlaku di merata-rata. Kemunculan Imam Mahdi akan diikuti kemudianya dengan kemunculan Dajjal. Insya-Allah di lain kesempatan akan saya sambung dengan kemuncullan Dajjal pula. Semoga mendapat menfaat bersama dan mohon maaf atas segala kekurangan.

Monday 4 April 2011

Berhujung minggu di Putrajaya

Hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga berkesempatan menghadiri majlis kesyukuran sepupu saya. Jadi kesempatan yang ada kami gunakan untuk berjalan-jalan di sekitar Putrajaya.























 
















Friday 1 April 2011

Seronoknya bersedekah..

Salam. Sebelumnya saya ingin memohon maaf dan juga perlindungan Allah dari sifat menunjuk-nunjuk @ riak. Ini sekadar perkongsian kehidupan saya yang saya rasa boleh kita ambil ikhtibar bersama. Pagi ini saya menyiapkan sarapan berserta bekal untuk anak-anak saya ke tadika. Bezanya pagi ini saya masak 3 bungkus mee goreng,tujuannya untuk kami sarapan dan untuk disedekahkan pada anak-anak lain di tadika.

Amalan ini saya lakukan sejak tahun lalu lagi,seminggu sekali kalau ada rezeki dan badan yang sihat saya akan masakkan untuk mereka di tadika. Sebabnya tuan punya tadika tu orangnya sangat baik, kalau diikutkan jumlah pelajar yg dia ada di tadika tu sikit sangat.Yuran bulanan yg dikutip sebenarnya hanya cukup menampung sewa premis dan gaji guru sahaja. Jarang sangat dia mempunyai untung malah dgn baik hati mengeluarkan belanja untuk makanan anak-anak di tadika. Mengenang itu saya menawarkan diri sekali seminggu utk masak,itu pun bergantung pada tahap kesihatan saya.

Al-kisah pagi ini setelah memenuhkan bekas untuk di bawa ke tadika,ada lagi berbagi sedikit. Selepas beri anak2 sarapan dan bekal untuk suami saya terkenang jiran terdekat yang accident baru2 ini. Kesian pada anak2nya yang selalu susah mendapatkan makanan sebab selama ini hanya bergantung pada ibunya yang memasak. Lalu saya isikan sebekas kecil untuk anak2 jiran saya itu. Asalnya saya ingat nak tinggalkan sedikit untuk saya,tapi bila dah masukkan dalam bekas tu nampak sikit macam tak cukup jer untuk budak2 tu. Jadi saya ikhlaskanlah untuk mereka walau pun saya hanya baru minum kopi saja pagi tu,sekadar mengalas perut."Takperlah nanti aku makan biskut ajerlah",saya berkata sendiri.

Sesampai di sana memang benar anak2 itu belum makan. Kata ibunya anak yang ke-3 dah keluar beli roti canai,tapi kebetulan peniaga roti canai tu tak meniaga pulak hari ni.Adat ziarah,kita dengarlah dia cerita kesakitan dan masalah dia. Macam biasa jugaklah, biasanya jadilah kita pendengar yang setia. Lebih kurang 40 minit kemudian saya pulang.

Sebelum jemput anak2 pulang dari tadika saya masak nasi,hajat hati balik nanti bolehlah masak lauk pulak. Baru nak ambil beras terdengar orang bagi salam. Rupanya jiran selang dua pintu dari saya. Membawa bersama ketam masak sup,bergedil dan pedal goreng.Bayangkan bukan saja banyak,malah lengkap untuk saya dan anak2. Alhamdulillah..Maha Suci Allah..

“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – 39).

Seperti yang telah saya katakan perkongsian ini bukan nak menunjukkan kebaikan yang saya lakukan tapi ikhtibar daripadanya. Setelah saya menjadi suri rumah sepenuhnya,tawakal saya pada Allah sangat besar malah boleh saya katakan saya meletakkan secara total nasib saya di tangan Allah.Kisah ini bukan sekali berlaku pada saya. Beberapa kali juga, selama saya tidak bekerja ini saya tidak perlu memasak kerana apa yang diberikan jiran pada saya itu bukan sekadar satu lauk sebagaimana biasanya tapi boleh dikatakan penuh semeja! Adakalanya sampai kami tak larat nak makan. Seorang guru pernah mengajar saya agar sentiasa bersedekah untuk memastikan kesinambungan rezeki saya. Sehingga pernah satu tahap saya hanya punya beberapa keping RM1 dalam dompet saya,begitu pun saya keluarkan sekeping untuk di infakkan. Kerana saya tahu,janji Allah pada hambaNYA adalah benar.

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.” (al-Munafiquun: 10)

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Al-Imran ayat 92)

“Daripada Adiyie Hatim Radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Hadis ini menunjukkan amalan bersedekah walaupun hanya separuh buah kurma boleh menyelamatkan kita daripada api neraka. Di dunia Allah dah menurunkan ganjaranya,apalagi di akhirat sana. Terus terang,saya sangat gembira menerima sedekah jiran saya hari ini,sangat gembira sehingga saya mengambil iktibar besar daripadanya. Saya kira bukan sekadar sedekah persoalan utamanya,tetapi juga niat ikhlas disebaliknya. Kita selalu punya rezeki lebih tapi sedikit sangat antara kita yang tahu bersyukur dan menginfakkan harta kita di jalan Allah. Semoga kita semua saling ingat mengingati antara satu sama lain dan menjadi insan yang bertakwa. Amin.