Thursday 7 April 2011

Usrah: Tanda-Tanda Kiamat - Imam Mahdi

Salam. Ini adalah satu usaha saya untuk berkongsi nota-nota yang saya perolehi daripada kumpulan-kumpulan kecil yang saya hadiri. Selain itu ada antara hujah-hujahnya saya tambah berdasarkan kajian saya sendiri. Manakalanya selebihnya adalah apa yang saya perolehi daripada ahli-ahli usrah yang lain. 
Imam Mahdi atau nama sebenarnya adalah Muhammad Bin Abdullah. Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang soleh daripada keturunan Nabi Muhamad.Dia diangkat menjadi pemimpin ketika manusia di seluruh dunia begitu buruk keadaanya.Imam Mahdi akan diangkat sebagai pemimpin setelah dilihat beliau berilmu, berakhlak dan mempunyai banyak kelebihan, manusia pada zaman itu berharap agar Imam Mahdi ini dapat mengembalikan dunia kepada kebaikan.Imam Mahdi itu, tidak mengetahui bahawa dirinya itu adalah Imam Mahdi, yang ditakdirkan oleh Allah untuk diutus ke dunia, sebagai penyelamat umat akhir zaman. Begitu juga dengan umat akhir zaman, tidak tahu bahawa orang yang diangkatnya itu adalah Imam Mahdi. Imam Mahdi ini akan diketahui adalah Imam Mahdi apabila dia telah memegang pimpinan.Beliau akan menunjukkan perilaku yang baik, mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran..

Syekh al-Akbar Muhyiddin Ibn ‘Arabi qs, di dalam salah satu karyanya, Futuhat al-Makkiyyah mengatakan, “Ketahuilah bahwa al-Mahdi as itu pasti keluar, namun ia tidak akan keluar kecuali apabila dunia sudah penuh dengan kezaliman dan dialah yang akan melenyapkan kezaliman itu dan menggantikannya dengan keadilan.

Telah bersabda Rasullullah s.a.w, “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman. Dan apabila kezaliman itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezaliman. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)

Diriwayatkan bahawa pada akhir zaman nanti, dunia akan berada dalam keadaan kucar kacir. Peperangan, huru hara dan kejahatan berlaku di mana-mana di serata dunia. Sesungguhnya kemunculan Imam Mahdi di akhir zaman telah diyakini dan diimani oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan ramai tokoh-tokoh utamanya meriwayatkan hadith tentang Al-Mahdi. Di antara mereka ialah Abu Daud, At-Turmizi, Ibnu Majah, Imam Ahmad, At-Tabarani, An-Nasaie, Ibnu Hibban, Muslim dan Al-Bukhari (rujuk hadith di atas).

Sabda Nabi SAW,
“Orang ramai daripada Timur (Ikhwan itu benar-benar) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.”
“Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji.”

Berdasarkan hadis di atas dinyatakan bahawa salah satu tanda Imam Mahdi bahawa dia akan muncul dengan membawa panji-panji Hitam bersama angkatannya di mana pada waktu itu kemuncak perbalahan di antara pemimpin di Timur sedang memuncak. Para pemimpin Arab dikatakan bercakaran antara satu sama lain yang melibatkan pertumpahan yang amat dahsyat! Imam Mahdi muncul dan di angkat sebagai pemimpin. Pada waktu itu juga dikatakan bahawa bermula semula era kepimpinan khalifah. Imam Mahdi akan mendamaikan para pemimpin yang bertelingkah dan menegakkan hukum Allah.

Jika dilihat banyak sudah tanda-tanda kecil sebelum kedatangan Imam Mahdi. Antaranya pergolakkan di kalangan negara-negara Arab,pemimpin-pemimpin Arab bercakaran sesama sendiri dan kezaliman berlaku di merata-rata. Kemunculan Imam Mahdi akan diikuti kemudianya dengan kemunculan Dajjal. Insya-Allah di lain kesempatan akan saya sambung dengan kemuncullan Dajjal pula. Semoga mendapat menfaat bersama dan mohon maaf atas segala kekurangan.

No comments:

Post a Comment