Friday 1 April 2011

Seronoknya bersedekah..

Salam. Sebelumnya saya ingin memohon maaf dan juga perlindungan Allah dari sifat menunjuk-nunjuk @ riak. Ini sekadar perkongsian kehidupan saya yang saya rasa boleh kita ambil ikhtibar bersama. Pagi ini saya menyiapkan sarapan berserta bekal untuk anak-anak saya ke tadika. Bezanya pagi ini saya masak 3 bungkus mee goreng,tujuannya untuk kami sarapan dan untuk disedekahkan pada anak-anak lain di tadika.

Amalan ini saya lakukan sejak tahun lalu lagi,seminggu sekali kalau ada rezeki dan badan yang sihat saya akan masakkan untuk mereka di tadika. Sebabnya tuan punya tadika tu orangnya sangat baik, kalau diikutkan jumlah pelajar yg dia ada di tadika tu sikit sangat.Yuran bulanan yg dikutip sebenarnya hanya cukup menampung sewa premis dan gaji guru sahaja. Jarang sangat dia mempunyai untung malah dgn baik hati mengeluarkan belanja untuk makanan anak-anak di tadika. Mengenang itu saya menawarkan diri sekali seminggu utk masak,itu pun bergantung pada tahap kesihatan saya.

Al-kisah pagi ini setelah memenuhkan bekas untuk di bawa ke tadika,ada lagi berbagi sedikit. Selepas beri anak2 sarapan dan bekal untuk suami saya terkenang jiran terdekat yang accident baru2 ini. Kesian pada anak2nya yang selalu susah mendapatkan makanan sebab selama ini hanya bergantung pada ibunya yang memasak. Lalu saya isikan sebekas kecil untuk anak2 jiran saya itu. Asalnya saya ingat nak tinggalkan sedikit untuk saya,tapi bila dah masukkan dalam bekas tu nampak sikit macam tak cukup jer untuk budak2 tu. Jadi saya ikhlaskanlah untuk mereka walau pun saya hanya baru minum kopi saja pagi tu,sekadar mengalas perut."Takperlah nanti aku makan biskut ajerlah",saya berkata sendiri.

Sesampai di sana memang benar anak2 itu belum makan. Kata ibunya anak yang ke-3 dah keluar beli roti canai,tapi kebetulan peniaga roti canai tu tak meniaga pulak hari ni.Adat ziarah,kita dengarlah dia cerita kesakitan dan masalah dia. Macam biasa jugaklah, biasanya jadilah kita pendengar yang setia. Lebih kurang 40 minit kemudian saya pulang.

Sebelum jemput anak2 pulang dari tadika saya masak nasi,hajat hati balik nanti bolehlah masak lauk pulak. Baru nak ambil beras terdengar orang bagi salam. Rupanya jiran selang dua pintu dari saya. Membawa bersama ketam masak sup,bergedil dan pedal goreng.Bayangkan bukan saja banyak,malah lengkap untuk saya dan anak2. Alhamdulillah..Maha Suci Allah..

“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – 39).

Seperti yang telah saya katakan perkongsian ini bukan nak menunjukkan kebaikan yang saya lakukan tapi ikhtibar daripadanya. Setelah saya menjadi suri rumah sepenuhnya,tawakal saya pada Allah sangat besar malah boleh saya katakan saya meletakkan secara total nasib saya di tangan Allah.Kisah ini bukan sekali berlaku pada saya. Beberapa kali juga, selama saya tidak bekerja ini saya tidak perlu memasak kerana apa yang diberikan jiran pada saya itu bukan sekadar satu lauk sebagaimana biasanya tapi boleh dikatakan penuh semeja! Adakalanya sampai kami tak larat nak makan. Seorang guru pernah mengajar saya agar sentiasa bersedekah untuk memastikan kesinambungan rezeki saya. Sehingga pernah satu tahap saya hanya punya beberapa keping RM1 dalam dompet saya,begitu pun saya keluarkan sekeping untuk di infakkan. Kerana saya tahu,janji Allah pada hambaNYA adalah benar.

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.” (al-Munafiquun: 10)

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Al-Imran ayat 92)

“Daripada Adiyie Hatim Radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Hadis ini menunjukkan amalan bersedekah walaupun hanya separuh buah kurma boleh menyelamatkan kita daripada api neraka. Di dunia Allah dah menurunkan ganjaranya,apalagi di akhirat sana. Terus terang,saya sangat gembira menerima sedekah jiran saya hari ini,sangat gembira sehingga saya mengambil iktibar besar daripadanya. Saya kira bukan sekadar sedekah persoalan utamanya,tetapi juga niat ikhlas disebaliknya. Kita selalu punya rezeki lebih tapi sedikit sangat antara kita yang tahu bersyukur dan menginfakkan harta kita di jalan Allah. Semoga kita semua saling ingat mengingati antara satu sama lain dan menjadi insan yang bertakwa. Amin.

3 comments:

  1. Alhamdulillah..rezeki dr Allah, Dia juga Yang Maha Pemberi.. Subhanallah..

    ReplyDelete
  2. Assalam,

    Jangan risau, ia tidak berunsurkan riak atau menunjuk-nunjuk, tetapi bertujuan memberikan motivasi dan inspirasi kepada orang lain supaya 'terpanggil' untuk melakukan perkara yang sama. Pendedahan-pendedahan testimoni seperti ini amat perlu dan penting. Ketepikan persepsi negative dari sesetengah orang. Perjuangan kita: 'memupuskan pemikiran negative dan prasangka buruk didalam masyarakat'. InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. Mr.Arjuna,
    Terima kasih..Insya Allah, semoga niat yang baik tidak disalah ertikan,amin..

    ReplyDelete