Wednesday 30 March 2011

Seminar Kecemerlangan UPSR 2011






Ini adalah peserta-peserta untuk Seminar Kecemerlangan UPSR 2011 yang diadakan pada 13/3/2011 yang lalu. Dalam program ni saya telah dijemput sebagai penceramah jemputan. Sebenarnya saya pernah dilatih sebagai trainer sewaktu zaman di belajar dulu. Waktu tu bukan sahaja jadi fasilitator untuk student baru tapi juga melatih fasilitator2 baru yang baru nak berjinak-jinak sebagai fasi. Entah macam mana waktu tu universiti kami terpilih dalam banyak-banyak universiti oleh BALQIS (waktu tu kerajaan Selangor masih di bawah Datuk Seri Khir Toyo),kami dibawa ke beberapa sekolah untuk memotivasikan student2 PMR & SPM. Jadi adalah pengalaman memotivasikan pelajar-pelajar sekolah. Program ni diadakan di Dewan JKK Kampung Melayu Bt.16,Rawang. Terima kasih pada Pn.Nor Hafizah Daud kerana telah menjemput saya. Gembira sangat kerana di beri peluang menabur bakti. Kalau ada sesiapa yang berminat untuk mengadakan program yang sama bolehlah email saya di syiqin6699@yahoo.com.


Komen dari beberapa orang Ibubapa dan peserta :
1. Nurul Aishah Adnan (peserta) : Program best sangat,  saya suka, enjoy dan seronok. Cikgu Syikin pun best!

2. Encik Bakhtiar Affendee  (bapa) : Anak saya bagitau program memang bagus, terutama kuat jati diri n cara teknik menjawab soalan.
(melalui SMS , 14 Mac 2011 – 20:09:17)

3. En Rozman Asari (bapa) : Sekarang ni Nampak ada semangat, tapi selalunya sekejap, dia akan back to normal.
(melalui sms, 14 Mac 2011- 18:27:19)

No comments:

Post a Comment