Wednesday 28 December 2011

Seorang Pejuang


Aku terpaku pada tulusnya hati seorang pejuang..
Aku terpaku pada jernihnya jiwa seorang pejuang..
Aku terpaku pada indahnya lontaran kata yang lahir dari seorang  pejuang..

Walau begitu lembut bahasa dipertuturnya
Walau begitu halus bait-bait bicaranya
Walau begitu kerdil dia melihat dirinya..
Aku melihat dia, mereka...
   begitu besar dan gah jiwanya

Ikhlasnya mereka pada sebuah perjuangan
Ikhlasnya mereka pada sebuah kepayahan
Ikhlasnya mereka pada dunia yang memandang kecil dan hinanya mereka...

Ya Allah...
Kupanjatkan doaku buat pejuang-pejuangMu ini
Moga Kau limpahkan rahmat-Mu dan kesempurnaan kasih sayang-Mu buat mereka
Biar dalam payah dan getirnya..
Biar dalam perit dan sesaknya..
Biar dalam sakit dan deritanya..
Kau ciptakanlah rahmat kepadanya..
Moga kasih sayangMu tetap bersama mereka

Ciptakanlah bagi mereka kediaman indah di Firdaus Mu buat mereka
Kerana mereka pembela agamaMu
Kerana mereka pejuang agamaMu
Kerana mereka menegakkan syiarMu..

Moga buat mereka keberkatan dan kemuliaan..

Semoga Ya Allah...
Aku di kurniakan kekuatan yang sama
Semoga Ya Allah...
Aku di berikan keimanan yang sempurna
Semoga Ya Allah...
Syurga itu milik aku dan mereka..
Amin...


*Buat mereka yang bergelar pejuang

Wednesday 7 December 2011

Aku Nak Jadi Supermak!!!

Ummi nak jadi Supermak, boleh tak? Bolehlah...Bolehlah ye...hehehe..Apalah yang Ummi nak merepekkan sangat ni! Kenapa Ummi nak jadi supermak? Sebab Ummi merasakan terlalu banyak kerja yang perlu Ummi lakukan sekarang. Ummi kini adalah isteri, ibu, Pengurus, Palajar UM, Ketua Guru dan Guru kepada Pasti Imtiyaz Kids. Wah..banyaknya yang Ummi lakukan sekarang..Sangat banyak bagi Ummi dan sangat mendadak!

Namun benarlah firman Allah : -
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
[al-Ankabut, ayat 69]

Ummi bermula segalanya hanya dengan mempelajari dan memperkayakan diri Ummi dengan mengenal Allah. Mencari diri Ummi dan penciptaNya dan berdoa moga-moga Allah menunjukkan Ummi bagaimana mencari redhoNya. Alhamdulillah...segalanya cukup lengkap dan teratur. Satu persatu Allah mengatur hidup Ummi dengan susunan yang sangat lengkap dan menarik Teringat Ummi kata-kata Dr. Fadhilah Kamsah yang mengatakan bahawa setiap fasa hidup kita ini amat menarik dan di cipta untuk mematangkan dan mencantikkan perjalanan hidup kita.
Cuma mengingini menjadi Supermak adalah suatu keinginan yang datang saat Ummi merasakan tuntunan kerja yang sangat mendadak dan mendesak...Hari-hari biasa yang sibuk, hujung minggu yang berkisar di kampus dan Ummi berusaha memenuhi kehendak berlibur bersama keluarga di hari minggu... Cuma halangan yang datang juga bila tuntutan kerja yang ada memohon pengorbanan suami dan anak-anak pada hari libur yang sewajarnya hanya untuk keluarga sahaja pada asalnya...Alhamdulillah, Ummi amat berterima kasih pada seluruh ahli keluarga yang memahami dan setakat ini masih membantu dan bekerjasama.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (al-Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.” [al-Anfal, ayat 29]

Syukur juga ke hadrat Illahi atas kelapangan yang Ummi rasai walaupun dalam kesempitan yang Ummi rasai..Sekadar ingin menjadi Supermak, satu dongengan yang tidak mungkin Ummi temui hehehe...mengenangkannya Ummi gembira kerana Ummi adalah Ummi. Rasullullah yang memikul beban dakwah yang lebih berat pun tidak pernah memohon kepada Allah untuk memiliki kuasa yang luar biasa seperti dongengan super hero yang biasa kita dengar.

Surah Muhammad, ayat 7: -
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

Semoga apa yang Ummi lakukan ini mendapat kelebihan di sisNya di dunia mahupun akhirat. Amin...

Monday 5 December 2011

Cuti Maal Hijrah, Walimah and Holiday!

Cuti panjang Maal Hijrah baru-baru ini Ummi dan keluarga habiskan di Pendang,Kedah. Sebenarnya berada di sana untuk meraikan perkahwinan dua pupu Ummi yang kami panggil Hafis sahaja. Tempoh kami di sana sangat singkat, tapi apa yang menarik ingin Ummi kongsikan adalah kebersamaan Ummi bersama-sama ahli keluarga yang amat Ummi sayangi - Uwan, Mak Long dan Mak Teh sekeluarga. Pak Ndak dan Mak Ndak pun ada juga tapi pulang lebih awal pada malam sebelumnya.

Kami tiba di Pendang lebih kurang selepas Zuhur, dan terus ke rumah pengantin perempuan. Selepas makan dan beramah mesra dengan ahli keluarga lain yang berada di sana kami pulang ke Homestay Kiara yang telah di tempah dua minggu sebelum majlis tersebut. Terima kasih kepada Achik dan keluarga di Kedah yang membantu kami mendapatkan Homestay ini walaupun pada waktu cuti sekolah ini.

Malamnya selepas berehat Ummi dan Mak Teh sekeluarga bershopping sakan di sebuah kedai kain yang amat terkenal di Pendang. Kedai Kain Lim,Pendang adalah satu kedai yang Ummi tak mungkin lepaskan peluang apabila berpeluang ke sana. Kenapa? hmmm..datanglah kalau nak tahu..setakat kain yang semeter RM8 di Kedai kain Nagoya kami dapat beli dengan harga RM15 untuk 4meter! Hehehe..Mak teh pun bukan main lagi berbelanja, yang lawak tu balik promote kat Mak Long pulak! Mak Long yang mula-mula malam tu jual mahal nak pegi, esok pagi-pagi terpengaruh jugak berbelanja di sana ;p .

Sebelum pulang kami singgah di rumah Achik di Pendang juga...hmmm..seronoknya dihidangkan pisang goreng panas dengan teh 'o sambil berbual dengan angin sepoi-sepoi bahasa di tepi bendang..Nyaman, tenang dan amat mengujakan apalagi bila Uwan yang jarang berbicara semenjak tiba, mula mengundang kenangan sewaktu dia mengusahakan sawah bendang bersama arwah datuk suatu masa dahulu. Terfikirlah Ummi andai waktu itu arwah ibu masih ada tentu lengkap kisah nostalgia yang cuma di ungkapkan...

Selepas borak, dan menjamah juadah juga tidak lupa pada Pak Teh yang rajin klik-klik sana sini, Mak teh dan keluarga mengambil keputusan untuk pulang dahulu. Ummi sekeluarga pula pulang selepas makan tengahari dan solat Zuhur. Ummi cuma klik-klik sedikit gambar sebelum check out dari Homestay kami..Marilah berkongsi sedikit kenangan klik-klik Ummi..


Comelnyer Mak Teh senyum...

Uwan..

My three kids with their Pak Su Nuar


Mak Long yang masih manis lagi..



Wednesday 23 November 2011

Lemahnya Insan...

 Sibuknya Ummi kebelakangan ini...Kesibukan Ummi ini adakalanya mengundang stress yang agak tinggi dalam diri Ummi. Kerja-kerja biasa di rumah, ditambah lagi dengan tugasan sebagai isteri dan ibu juga amanah baru yang Ummi pikul. Alhamdulillah..ramai yang membantu. Tapi sebagai resminya Ummi sebagai insan biasa tidak pernah terpisah daripada rasa letih, lemah dan berputus asa.
 "Barangsiapa bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya." (QS. Ath-Thalaq : 4)
Lemahnya manusia ini...Dalam dugaan kecil yang Allah berikan, amat mudah pula kita merasa lemah dan berputus asa. Amat mudah juga kita merasakan jauhnya Allah daripada kita. Walhal Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Mengetahui. Tak mungkin Allah memberikan kita dugaan dan ujian yang tak mampu kita memikulnya...
Seperti ayat Ath-Thalaq di atas, jelas dinyatakan seandainya kita menyerahkan diri kita bulat-bulat pada Allah nescaya Allah akan dengan mudahnya memberikan kita jalan keluar terhadap segala persoalan dalam kehidupan kita.
 Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda, "Allah 'azza wa jalla berfirman, "Aku sediakan bagi hamba-hambaKu yang soleh segala kenikmatan (syurga) yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah didengar oleh telinga, bahkan belum pernah terbesit dalam hati sanubari manusia,"(HR.Muslim)
Sebagai motivasi dan peringatan buat Ummi,semoga hadith di atas sentiasa Ummi ingat intipatinya...Syurga..syurga..syurga...semoga apa yang sedang Ummi perjuangkan hari ini dan hari akan datang akan mendapat hasilnya di dunia dan akhirat. Amin..


Wednesday 9 November 2011

Allah Sebaik-baik Pembalas Kebaikan

Sibuknya Ummi sejak kebelakangan ini. Bukanlah sibuk sangat..tapi bila rutin harian berubah, daripada hanya menguruskan anak-anak kini ada komitmen baru, memang terasa kesibukannya. Almaklumlah,rutin yang sedia ada pun sentiasa membuat Ummi terkejar-kejar,ini pula bertambah amanat baru yang Ummi sanggupi untuk memikulnya.

Begitu pun alhamdulillah kerana Ummi di pilih oleh Allah untuk terus berbakti kepada masyarakat setempat. Masa juga amat berharga bagi Ummi ketika ini. Memandangkan ruang dan peluang yang terbuka, Ummi gembira bila Abi pun merestuinya. Terima kasih buat Abi yang sangat prihatin, sabar dan bertolak ansur. Sejak tanggungjawab baru ini Ummi pikul, kerap juga Ummi pulang lewat ke rumah. Tapi sehingga hari ini, Abi tetap sabar dan membantu Ummi mana yang kurang. Terima kasih sangat-sangat yer Abi...Moga apa yang Ummi lakukan ini Abi juga memperoleh kebaikanya.

Ummi terpanggil untuk bercerita tentang kata-kata seorang sahabat bila bercerita tentang kerja-kerja yang sememangnya tidak nampak keuntungan di dunia. Apabila wang ringgit menjadi ukuran dalam menjalankan segala amanat yang di beri..Juga Ummi kagum melihat sahabat Ummi yang lain, yang sangat tidak berkira dalam perjuangannya sehingga Ummi malu melihat dia dan suami yang sentiasa berusaha keras mencurahkan masa dan wang ringgit dalam usaha menegakkan agama Allah. Terima kasih Kak Zaiton Mohamed dan suaminya Abang Syukor yang banyak membantu dan memberi contoh tauladan yang baik kepada Ummi.

Terjemahan : Surah Al-A'raaf [7] : 179
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakkan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Jadilah manusia yang melihat dengan mata hati, yang memahami bahawa dunia ini hanyalah sementara. Yang Allah ciptakan untuk beramal dan beribadat padanya. Memang benar kekayaan dunia memberikan kita kesenangan dan pilihan yang banyak. Namun menjadi manusia yang bersyukur adalah lebih utama. Ummi sangat bersetuju dan menganjurkan sahabat semua mengumpulkan harta namun tidaklah sehingga membawa kita menjadi salah seorang dari isi neraka.

Terjemahan : Surah Al-Anfaal [8] : 2
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal.

Carilah harta dunia sebanyak yang kita suka, tapi Muslim yang baik ialah yang mengabdikan diri pada Tuhannya. Kepada sahabat-sahabat semua yang memudahkan segala urusan Ummi, moga Allah lah sebaik-baik pembalas kebaikan dan semoga segala usaha kecil ini mendapat keredhaan dan pahala berpanjangan. Amin...

Tuesday 25 October 2011

Adat VS Ibadat?

Surah Al-Baqarah [2] : 170
  Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?"

Maksudnya, mereka yang telah diseru supaya mengikut perintah dan larangan Allah yang Maha Agung, tetapi mereka ingkar dan beralasan tradisi nenek moyang tidak boleh ditinggalkan, iaitu penyembahan berhala dan membuat sekutu-sekutu bagi Allah yang Maha Agung. (Rujukan : Tafsir Ibn Katsir)

Ayat di atas di turunkan oleh Allah SWT mengisahkan tentang keingkaran orang-orang kafir di zaman Rasulullah SAW sewaktu mereka di seru agar beriman kepada Allah SWT. Masyarakat Jahiliyah ini amat mengagungkan tradisi atau budaya yang di warisi turun temurun dari nenek moyang mereka. Bagaimanapun, sebagaimana Al Quran itu menjadi petunjuk bagi mereka yang mengetahui dan berfikir, jelas bahawa ayat ini bukanlah di turunkan kepada umat di zaman Rasulullullah sahaja malah wajar di jadikan pengajaran sepanjang ketiadaannya juga.

Ummi ingin berkongsi cerita tentang fenomena dalam masyarakat kita. Terdapat fenomena baru dalam masyarakat kita apabila melakukan atau menunaikan ibadah kepada Allah ada saja kepercayaan atau pun budaya yang kononnya baru di masukkan dalam melaksanakanya. Ceritanya begini, Ummi baru saja di berikan oleh Abi bahawa ada sahabatnya yang ingin mengakikahkan anaknya dengan seekor kambing. Maka seperti biasa kita akan adakanlah jamuan untuk akikah itukan? Seronoknya tentang jamuan itu ia akan di adakan di Morib, dengan stail barbecue pula kambing itu. Lantas Ummi terus menggelengkan kepala dan istifar panjang. Lalu bertanyalah Abi kenapa Ummi reaksinya begitu. Lama Ummi diam agar Ummi menjawab dengan hikmah.

Lantas Ummi ceritakan padanya satu ungkapan Ulama' terkenal Malaysia iaitu Dr. Hassan Din Al-Hafiz, katanya sebarang ibadah yang di jalankan seandainya ada unsur-unsur maksiat atau riak dan sebagainya maka hilanglah barokah pada ibadah itu...Inilah yang kita takuti dalam masyarakat kita hari ini. Unsur-unsur maksiat, riak, kesombongan, hiburan keterlaluan, sangat berleluasa. Abi kemudian menambah pula, mana awak tahu orang tu sombang, dia nak buat suka-suka apa salahnya? Haa...itulah dia! Akikah bukan jamuan suka-suka. Ia di lakukan sebagai menebus diri anak yang lahir itu dan sebagai melahirkan rasa syukur kepada Allah atas kurniaan yang sangat berharga itu. Ummi jawab sekali lagi dengan Abi, memanglah riak, ikhlas itu hanya Allah saja yang Maha Mengetahui kerana ia rahsia hati manusia cuma kita boleh dapat melihatnya secara zahir. Maaflah andai kata ada yang tidak bersetuju,tapi pada Ummi pemilihan tempat, menu dan agenda suka-suka itu bukan sesuatu yang di anjurkan dalam Islam. Itulah yang Ummi cuba jelaskan.

Dalam masyakat kita hari ini, majlis barokah yang di penuhi dengan sempada syariat sukar di cari. Kebanyakkanya adalah budaya semata-mata. Sedihnya, ada antaranya ibadah ikut-ikutan sahaja. Walimatul urus, akikah, cukur jambul, melenggang perut, bertunang..Amalan-amalan ini yang sepatutnya mendatangkan pahala dan sedekah besar buat kita, kini malah menjadi dosa pula...Nauzubillahhiminzalik..

Dari Irbadh bin Sariyah : Rasulullah saw bersabda, “Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah Subhana wa Ta’ala, dengan mendengar dan taat, meskipun yang memerintahkan kamu adalah seorang budak dari Habsyah. Kamu akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat sesudahku, maka hendaklah kamu berpegang pada Sunnah-ku dan Sunnah-Khulafa ur rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah dengan gigi gerahammu dan jauhilah perkara-perkara baru, sesungguhnya setiap bidaah (perkara baru dalam agama) adalah sesat.” [0040] Sahih Ibnu Majah

Kembalilah kepada Islam yang benar. Sekurang-kurangnya ambillah tahu bagaimana sewajarnya sesuatu ibadah itu wajar di lakukan, bukan sekadar ikut-ikutan sahaja. Ummi tak kata mengikut budaya itu salah, tapi berhati-hatilah pada yang benar-benar salah...Takut ia memang salah, sesalah-salahnya... 

Wallahualam.

Wednesday 19 October 2011

Kisah Anak-Anak dan Kesempurnaan..

Hari ini,sedari pagi Ummi banyak sangat berfikir. Agaknya ini hari untuk merenung-renung diri kot! hehehe... Semalam sepanjang hari Ummi rasa sangat tidak sedap badan dan entah mengapa, kita yang selalu jugak rasa tak selesa badan ni selalu juga tak mengambil ikhtibar. Seperti selalu,kerenah anak-anak memang sukar di mengertikan. Hmm..anak-anak,apalah yang faham tentang penderitaan ibu bapa. Sudah lumrah, keseronokan bermain yang lebih utama. Memang tak asing juga bila ibu bapa kerap marah dengan situasi ini.

Ummi punya anak-anak yang sangat aktif. Sehingga Ummi melihat ramai orang selalu menggelengkan kepala bila melihat ragam dan kerenah anak-anak Ummi. Aduh,alangkah malu dan seganya Ummi bila berada di khalayak umum. Adakalanya Ummi mampu tersenyum pahit sahaja. Ironinya bila berada di rumah, kesabaran Ummi bagai di mamah-mamah rasanya! Sudahlah bekalan sabar yang ada di dalam dada Ummi ni pun bukanya sebanyak mana. Maha Suci Allah yang menciptakan manusia, semoga Ummi dibekalkan kesabaran yang lebih tinggi.

Ummi pernah juga berbual dengan adik dan beberapa sahabat Ummi,ternyata kami para ibu ini memang sukar mengekang kemarahan apabila ia tiba. Kemuncaknya apabila rotan di gunakan sebagai medium untuk mendidik anak-anak. Kononya rasa puas, tapi entah berjaya atau tidak didikanya. Esok lusa anak-anak ini mengulangi lagi kesilapan semalam. Ummi mohon banyak-banyak agar Ummi diberi kesabaran,itu sajalah rasanya yang mampu Ummi perbuat. Semoga sahabat yang membaca coretan Ummi juga mendoakan Ummi agar banyak-banyak sabar,Insya Allah...

Teringat Ummi kata-kata Dr.Fadzilah Kamsah, katanya anak-anak yang aktif adalah anak-anak yang bijak. Kalau dia jenis budak yang diam saja,dia bukanlah tergolong dalam anak-anak yang cerdas. Semoga apa yang dibicarakan itu menjadi kenyataan, insya Allah. Kekadang Ummi juga sedar dalam melahirkan generasi baru ini cabaranya cukup hebat apalagi andai kita sangat-sangat mengharap pada kesempurnaan..Sebagai perkongsian Ummi ingin berkongsi catatan daripada seorang insan yang pernah banyak Ummi belajar daripada. Semoga menjadi manfaat kita bersama terutama dalam mendidik anak-anak. Kita tidak sempurna, begitu jugak mereka anak-anak kita..Sempurna itu milik Allah. Moga-moga peringatan ini tetap Ummi ingati sepanjang mendidik anak- anak Ummi Insya Allah!


Tiada yang sempurna (Untuk OCD's)

Mengambil jalan bersederhana dalam segala hal menggambarkan satu gambaran akhlak yang sangat murni dan terpuji. Sifat inilah yang sentiasa menghiasi kehidupan Rasulullah SAW sehari-hari sepanjang perjalanan hayatnya.

Sewajarnya sebagai umatnya, kita perlu mencontohi keperibadian Rasulullah SAW dengan cara mengamalkan sifat sederhana dalam semua perkara. Ia satu tindakan terbaik dan pilihan paling tepat bagi seorang Muslim.

Firman Allah bermaksud:

“Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan jangan pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu.”

(al-Isra’:110)

Rasulullah SAW pernah mengakui bahawa sederhana dalam segala aspek itu adalah bagus seperti sabda Baginda bermaksud:

“Sebaik-baik perkara adalah tengah-tengahnya (sederhana).” (Hadis riwayat Baihaqi)

Berusahalah mengikis sikap 'perfectionist' di dalam diri yang selama ini menyebabkan kita terperangkap dalam dunia 'serba tak kena' ini. Tidak dinafikan terdapat individu perfectionist yang menempa kejayaan didalam hidup mereka. Tetapi berapa kerat? Jika dengan sikap perfectionist ini menyebabkan kita mudarat, apa perlunya kita memiliki sifat ini?

Bagi saya, jika kita ingin kekal dengan sifat perfectionist, kita tidak boleh hidup didunia ini dan terlibat dengan orang lain, dan ini adalah sesuatu yang mustahil. Dengan gangguan OCD ini, sikap perfectionist membuat kita menjadi lebih tersiksa. Bayangkanlah, mana ada didalam dunia ini, dimana orang lain tahu apa yang kita fikirkan.

Contohnya seperti kita mahu turun dari tangga dan menuju ke sinki dapur, dan kita tidak mahu ada sesiapa menegur kita sehingga kita ke sinki, tetapi, bagaimana jika ada orang lain di rumah? tentu kita akan ditegur bila-bila masa, mungkin kita akan ditanya sesuatu perkara dan sebagainya. Ini adalah hakikat kehidupan normal. Dan orang yang menyapa kita itu melayan kita sebagai seorang normal dan waras. Tetapi kebanyakan OCD's boleh terganggu dan terasa ingin naik semula ke atas dan turun semula tanpa ditegur. Jika second round pula ada orang lain pula menyapa kita, atau telefon bimbit berbunyi? bagaimana? rasa ingin terduduk dan marah? Ini sebagai contoh kecil sahaja.

Bila perkara seperti ini berlaku, atau dalam senario yang lain (mungkin gangguan pada individu lain didalam bentuk lain, tetapi hakikatnya sama), apa yang perlu kita lakukan untuk menteramkan jiwa kita yang terganggu?

Ingatkan diri bahawa, apa yang kita hadapi ini adalah kehidupan normal manusia, dan cara pemikiran kita yang perfectionist itu membuatkan kita terpenjara. Cuba fahami ini: Apakah maksud PERFECT? = SEMPURNA.

Siapakah yang sempurna? Tiada sesiapa yang sempurna, Hanya ALLAH SWT SAHAJA YANG MAHA SEMPURNA. Adakah kita ingin menjadi Tuhan?..Oleh kerana kita bukan Tuhan, tetapi hamba, maka kerana itulah sifat perfectionist ini tidak sesuai dimiliki atau dilayan oleh kita.

Kemasan cadar tidak betul-betul rata dan licin?..katakan :

habis tu, mengapa? masuk nerakakah? Berdosakah?

Susunan buku tidak mengikut laras geometri yang tepat, katakan:

Habis tu, mengapa? adakah salah disisi Allah perkara itu?

Kita setiap hari mengucapkan:

Sesungguhnya solatku, amal ibadahku, hidupku dan matiku hanya semata-mata kerana Allah SWT, Tuhan Semesta Alam.
(setiap hari 5 kali sehari kita mengulangi kalimat ini didalam solat). Maka terapkan dalam hati kita, segala yang kulakukan adalah kerana Allah, jika susunan buku itu membuat aku terganggu, adakah aku ini terganggu kerana cara susunan buku yang salah itu berdosa disisi Allah? sama sekali tidak. Maka mengapa aku mesti merasa terganggu?

Begitu jugalah dengan perkara-perkara lain, serta merta ingatkan apakah hukumnya perkara yang kita rasa terganggu itu disisi Allah. Ingatlah, bahawa hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

SUMBER :-
http://husnuzzonloa.blogspot.com/2011/10/tiada-yang-sempurna-untuk-ocds.html oleh ARJUNASETIA

Tuesday 11 October 2011

Hal Jiran Tetangga!

Ummi hari ini mendengar suatu kisah yang disampaikan oleh seorang sahabat kepada Ummi. Katanya heboh di kalangan 'beberapa orang jiran tetangga' yang bercerita perihal kaum keluarga Ummi yang terdekat. Kononya baru mengetahui bahawasanya Ummi tergolong dalam golongan keluarga yang semuanya berpelajaran tinggi. Secara automatik Ummi membentak dalam hati!

Jadi,selama ini bila Ummi di tanya tentang kelulusan Ummi rupanya dalam hati memperkecilkan atau tidak benar-benar percaya apa yang Ummi ceritakan atau Ummi miliki? Pernah suatu ketika dahulu, Ummi di minta untuk mengajar tuisyen bagi pelajar-pelajar UPSR. Yang minta tolong tu satu,tapi sibuk juga sesetengah yang lain itu mempertikaikan adakah Ummi ini layak mengajar? Sampai ada yang bertanya dengan Ummi,kelayakan apa Ummi ada, STPM,Diploma atau Ijazah? Wah,wah,wah...setakat nak ajar tuisyen budak UPSR dah banyak ceritanya..Walhal kalau si tuan punya diri tu boleh mengajar sendiri atau boleh mencari guru yang lebih baik,silakanlah cari guru yang lain. Ini hantar pada Ummi dan mengaku dia tak dapat nak faham silibus hari ini, bertambah dengan penggunaan Bahasa Inggeris sekarang..Bila fikir-fikir,kelakar tak?

Ummi bukan orang yang layak pun sebenarnya. Terlebih pula masa di UNITAR dahulu Ummi ambik IT bukan bidang pendidikan. Tapi sepanjang Ummi degree dulu, Ummi mengajar tuisyen untuk menampung kehidupan Ummi di universiti. Percaya atau tidak, Ummi memang buat duit, because education is a business! Seriously, I really earn! Kalau Ummi kira masa tu Ummi charge untuk personal bagi student UPSR saja, Ummi dapat RM30 sejam. And that was 10 years ago...

Oleh kerana ada yang mendengar tu jiran yang rapat dengan Ummi maka dijawablah, memang betul Ummi ni pelajaran tinggi Buktinya dia ada melihat Ummi keluarkan sijil-sijil Diploma & Degree Ummi masa Ummi nak masuk belajar balik kat UM sekarang. Di tambahlah pula cerita sedap lagi yang Ummi sambung belajar lagi kat UM. Pada Ummi kisah Ummi di UM, Degree & Diploma ni patutnya tak patut timbul. Hanya kerana Ummi menjadi suri rumah sepenuh masa maka isu tentang tinggi rendahnya pendidikan menjadi isu, walhal dah ramai wanita yang berpendidikan tinggi mengambil keputusan menjadi suri rumah dan menjaga sendiri anak-anak.

Ummi pernah sewaktu baru mula tinggal di sini di hina seorang pakcik di depan khalayak. Dia mengatakan Ummi ni bodoh sebab tak mahu bekerja. Bodoh sebab menghabiskan duit ibu bapa yang bersusah payah menyekolahkan Ummi. Bodoh sebab bazirkan wang hampir 1 juta ringgit kalau di kira dari mula-mula Ummi masuk sekolah hingga ke universiti. Aduh..pedihnya tuduhan..

Pesan Rasulullah dalam mendidik anak-anak:-

"Didiklah anak kamu mengikut zamannya bukan zamanmu.."

Agak-agaknya, kalau si ibu itu kurang ilmu boleh ke dia didik anaknya dengan sempurna apalagi kalau di kira dalam zaman serba canggih dan moden ini. Apalagi bila penguasaan bahasa Inggeris pun menjadi isu dalam pendidikan anak-anak. Sedihnya kita ni, dah lah tak berilmu mempertikaikan pula orang yang lebih tahu.

Beginilah, secara peribadi Ummi memang rasa rendah diri dan kebelakang. Memandangkan sahabat se-U Ummi pun semuanya berkerjaya. Tapi bukanlah keputusan ini Ummi ambil dengan mudah. Buat masa ini, inilah yang terbaik buat Ummi dan keluarga. Semoga keberkatanya akan Ummi perolehi di masa akan datang dan semoga sahabat-sahabat Ummi ini lebih mengambil ikhtibar bila melihat anak-anak yang membesar di sekeliling kita. Ada yang ibunya memang di rumah tapi anehnya anak-anak seperti terbiar tak beribu! Bertebar tak tentu hala. Ada pula ibunya terlampau sibuk sehingga hal ehwal anak-anak diletakkan sepenuhnya di tangan pengasuh. Sejauh mana  anak ini pergi,bekalan ilmu itulah yang utama. Bukan nanti dia nak jadi orang kaya atau pangkat besar tapi bagaimana dia memanfaatkan dirnya. Itulah yang utama!

Tuesday 4 October 2011

Kemeriahan Ramadhan dan Syawal

Lamanya dah tak menulis..Ada yang rindu tak? ;-) Bukan apa, Ramadhan dan Syawal adalah bulan yang amat sibuk bagi Ummi. Bukan saja sibuk dengan anak-anak malah hal-hal semasa yang berlaku di sekeliling Ummi. Sebenarnya rutin harian Ummi tu setiap hari hampir sama sahaja sebenarnya. Tapi kesibukanya sentiasa ada. Bertambah sibuklah pada bulan Ramadhan, juga pada kesibukkan menjalin silaturrahim pada Syawalnya pula.

Kalau nak cerita betapa banyaknya makan dalam Syawal ni memang tak tercerita,sampai kami sebenarnya datang sekadar untuk menjaga silaturrahim dan hati tuan rumah saja rasanya. Bayangkan 4 minggu berturut-turut sepanjang syawal kami pulang lewat setiap hujung minggu untuk memenuhi undangan yang tak menang tangan sebenarnya! Amboi..mewah betul rakyat Malaysia dengan jamuan hari raya. Terkenang anak-anak kecil di Palestin yang sentiasa tak pernah kenyang namun begitu kental jiwanya! Subbahanallah..teringin Ummi punya anak-anak secekal itu,tapi atmosfera di Malaysia ini begitu berbeza. Anak-anak di Malaysia begitu manja dan dimanjakan!

Alhamdulillah Tareq dan Fahad berpuasa penuh tahun ini...Jadi sebagai meraikan mereka tahun ini raya kami belikan mereka baju dan seluar BEN10 kesukaan mereka. Jadilah..mereka pun suka sangat! Duit raya pun alhamdulillah..Cuma tahun ini tak ada gambar raya seperti selalu. Rasanya kami tak bergambar langsung tahun ini. Kecuali gambar yang di ambil oleh adik-adik Ummi dan ipar duai. Bukan apa,kamera Ummi rosak. Itu yang malas rasanya nak ambil gambar.

Begitu pun bagi Ummi dan Abi,tahun ini adalah tahun yang paling meriah bagi kami. Kenapa? Sebab tahun ini kami rajin sangat memenuhi undangan rumah terbuka selain menziarahi rumah emakemak dan bapa-bapa saudara yang biasanya kami kunjungi setiap tahun. Mengambil kesempatan untuk ziarah-menziarahi dan menghormati yang tua, juga memenuhi jemputan sahabat handai setahun sekali.Kalau tak raya tentu payah nak berkunjung,sekali pun jiran sebelah rumah! Namun anehnya ada juga jiran tetangga yang merasakan kunjungan yang tak ada jemputan ni membebankan mereka. Siap ada yang tak buka pintu lagi! buat-buat tak dengarlah,atau yang memberi alasan sibuk untuk sekadar memeriahkan tetamu sebentar. Kefahaman kita tentang memelihara silaturrahim masih cetek! Semoga kita semua diberi kesedaran tentang pentingnya memelihara silaturrahim daripada datang menjamu selera saja!

Alhamdulillah,berakhirnya syawal juga menyaksikan Ummi mengakhiri Modul 1 pengajian Ummi. Bercuti 3 minggu sebelum menyambung kuliah seterusnya hujung bulan ini. Insya Allah juga, usrah di kawasan Ummi ini pun akan bermula minggu ini,di rumah Ummi Insya Allah Isnin ini. Akhirnya, suasana hari raya dah berakhir. Entah bertemu kembali atau tidak kemeriahan Ramadhan dan Syawal tahun depan..Ummi sebenarnya sentiasa rindukan Ramadhan dan Syawal..Ramadhan kerana keberkatanya dan Syawal kerana terjalin jalinan silaturrahimnya,bukan kerana mewahnya makan pada kedua-dua bulan ini! InsyaAllah moga diizinkan Allah bertemu kembali tahun hadapan..

Pada yang tak reti-reti meraikan Syawal dengan ziarah dan mohon keampuan,moga-moga Allah beri pertunjuk. Dan semoga tak berulang lagi tahun hadapan Insya Allah! Kesempatan ini juga Ummi gunakan untuk memohon ampun dan maaf pada semua yang rajin menjenguk-jenguk blog Ummi ni..Pada yang mengenali Ummi,jemputlah ke rumah,tak raya pun boleh ziarah silalah...

Tuesday 5 July 2011

Tasbih Cinta


Ummi baru saja selesai menonton sebuah telefilem bertajuk Suci yang di tayangkan di TV Astro Prima. Lakonan Fasha Sandha dan pelakon kesukaan Ummi Zul Huzaimy (tak tau kenapa tapi ummi suka sangat tengok dia berlakon, sangat natural dan berkesan). Biasanya ummi jarang sangat tengok telefilem sebab faktor kesibukan di rumah, tapi pagi ni entah kenapa sambil menyiapkan kerja-kerja biasa ummi ambil kesempatan tengok cerita ni… Apa yang menarik pertama lagu yang di gunakan sebagai tema, ‘Tasbih Cinta’. Lagu ni memang lagu kesukaan ummi dan abi, punyalah dia suka sampai ringtone telefon dia pun guna lagu ni. Bila dengar jer lagu ni ummi pun mula tertarik untuk menonton.
Ummi nak beritahu jugalah,tutup mata babak-babak pegang dan peluk yang tak sepatutnya ada tu,adegan yang kita semua sekarang terpaksa lihat sebagai sesuatu yang biasa dilakukan oleh pelakon-pelakon kita…Apa yang nak ummi ulas adalah mengenai kesucian cinta yang di ulang berkali-kali di dalam cerita ini. Indahnya cinta itu hingga ummi yang dah punya anak tiga ini juga sangat-sangat mendambakan cinta suci dan bahagia seperti itu. Teringatlah masa mula-mula berjumpa suami dulu, masa kami saling berkenalan, bertunang dan bernikah..hmm…semuanya masih ummi ingat dengan baik walaupun rasanya sudah hampir 12  tahun berlalu. Kenapa kita ingat yer..sebab kita sayang,suka..bayangkan kalau kita dah tak sayang,tak suka,agaknya kita ingat lagi tak? Nauzubillahminzalik,jadilah kita orang-orang yang lupa dan kufur kerana mengikut hawa nafsu dan amarah kita. Bukan bercerita tentang orang lain, cukup ummi sajalah sebagai contoh,andai marah menguasai dada entah apa-apa yang datang dalam fikiran ummi. Subbahanallah..nasib baik ummi di kurniakan suami yang sangat-sangat baik,sangat memahami, sangat-sangat lemah lembut pada ummi dan anak-anak.. Bukan niat ummi memuji berlebih-lebihan tapi hakikat ini memang dah lama ummi nak puji dia tapi pesan orang tua jangan puji nanti perasan pula,tapi sekali-sekala apa salahnya!
Alhamdulillah sehingga hari ini kemanisan ummi masa bercinta itu masih ummi kecapi sehingga hari ini. Adalah jugak rasa kurang sikit sebab dah kawinkan, jadi hidup tu bukan lagi berkisah tentang kita saja tapi dah bercampur aduk dengan tanggungjawab pada anak-anak dan rumahtangga. Apa yang sangat menarik ummi dalam cerita ini adalah pengorbanan sang pencinta tadi kepada kekasihnya. Bukan sahaja berkorban kasih dengan menyerahkan kekasihnya pada orang lain yang dicintai kekasih tadi tapi apabila dia mendoakan dan mengharapkan kebahagiaan kekasihnya seikhlas hati. Allah Maha Kaya yang menyatukan dua jiwa, bila sang pencinta tadi menjadi saksi pada penyatuan dua hati tadi. Indahnya cerita ini adalah pada keikhlasan yang terlihat juga pada redha dan rela seorang hamba Allah pada ketentuan Ilahi. Sejuk rasa hati andai semua orang dapat melihat cinta itu dalam kotak pemikiran yang lebih besar. Ini tidak,acapkali ummi mendengar kisah cinta yang hilang dan sang pencinta yang kecewa sehingga mengambil keputusan memudaratkan diri sendiri. Allahkan masih ada..Maha Penyayang..yang menciptakan cinta,menciptakan rindu..tak mungkin tak ada cinta yang lain buat kita, pasti ada,dan pasti Allah gantikan dengan lebih baik andai kita redha dengan ketentuan-Nya.
Akhir sekali,ummi doakan semoga adik-adik yang terlalu taksub pada cinta moga bertemu dengan cinta dan kasih sayang Allah sebagaimana Zulaikha bertemu cinta sejati selepas mengenali Allah dan tidak lagi mendambakan cinta Nabi Yusuf padanya.  Indahnya cinta sehingga manusia lupa, tapi indahnya cinta manusia tidak setanding cinta pada Allah… Doa ummi juga moga kebahagiaan, cinta dan kasih sayang ummi sekeluarga berkekalan di dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Moga kami semua tetap dan berlindung dengan kebesaran-Nya,dan semoga kasih sayang ini akan menemukan kami semua di sana nanti bukan sekadar bahagia di dunia malah akhirat juga…Amin…

Wednesday 22 June 2011

Tareq Accident!



Malam ini sesungguhnya antara malam paling ngeri dalam hidup ummi. Sebentar tadi anak sulung ummi Tareq Syaddad telah dilanggar sebuah motosikal sewaktu kami berjalan-jalan di pasar malam. Alhamdulillah, ummi amat bersyukur kerana tiada apa yang buruk menimpa anak sulung ummi itu walaupun sedikit calar di tubuhnya. Kepada Allah ummi panjatkan kesyukuran yang tak terhitung banyaknya kerana telah melimpahkan rahmatNya pada Tareq. Sungguh ummi amat terkejut. Dengan kedua belah mata ummi ini,ummi melihat bagaimana dengan pantasnya segalanya terjadi.
Hanya dalam sekelip mata, ummi yang waktu itu sedang membeli pesanan bihun sup dari abi,dan abi pula terlepas pegangan pada Tareq yang ingin bersama adik-adiknya…Ummi terdengar panggilan abi pada Tareq,sepantas ummi menoleh terdengar bunyi brek dan air soya yang Tareq pegang jatuh ke tanah bersamanya. Entah mengapa, antara saat yang paling tidak dapat ummi lupakan adalah detik melihat dia jatuh dan masih sempat cuba menahan kemaraan motor itu dengan jemari kecilnya sambil mata yang amat terkejut dan takut melihat kepada pemandu motosikal itu. Yang terdaya ummi lakukan waktu itu hanya memjerit  “Ya Allah!!!” sekuat hati dan berlari padanya. Subbahanallah…rasanya separuh diri ummi terbang,entah kemana. Pertimbangan ummi juga tidak berada di tempatnya. Maha Besar Allah yang menciptakan kasih sayang, baru ummi sedar besarnya kasih ibu pada anaknya memang tak terhitung dek titisan air mata!
Syukur,memang tidak ada sedikit pun cacatnya anak ummi itu. Alhamdullillah…tapi getarnya pada hati,lutut dan sendi-sendi ummi tidak mudah ummi usir begitu saja. Pulang ke rumah ummi solat Isyak dan munajat panjang pada Allah… “Mengingati Allah jiwa akan merasa tenang.” Alhamdulillah sekali lagi kerana Dia yang menciptakan getar itu dan dia juga yang menghapuskannya. Lantas tatkala itu ummi juga terkenang akan makhluk lain di muka bumi ini, mengapa kita ini mudah sekali melupai Tuhan. Walahal mengingatiNya amat mudah sekali gus mengecap  indahnya nikmat dan keindahan titisan Rabb pada hati. Andai nak ummi gambarkan detik itu,jelas memang ummi amat-amat terkejut. Cukuplah ummi bayangkan yang memang ummi rasa hampir pitam melihat kejadian itu. Nauzubillahminzalik, janganlah ia berulang lagi pada ummi.
Ingin ummi kongsikan beberapa pengajaran yang ummi perolehi : -
1.       Saat kejadian itu ummi sedar benarlah firman Allah bahawa kasih sayang dan tanggung jawab anak pada ibu bapa tidak mungkin dapat membalas semua jasa mereka. Ini kerana jelas kasih sayang kedua orang tua sepanjang mendewasakan anak-anak adalah di luar pengetahuan anak-anak itu sendiri kecuali apabila mereka sendiri bergelar ayah dan ibu. Kasih sayang dan belas ihsan ibu bapa pada anak-anak yang Allah jelmakan dalam jiwa mereka begitu dalam dan ikhlas. Maha suci Allah yang menciptakan kecintaan yang sebegitu rupa, sehingga memungkinkan seorang ibu atau bapa itu berkorban apa saja demi anaknya. Subbahanallah…
2.       Waktu ummi masih mengenang detik itu di dalam kereta ummi terfikir,apalah agaknya akan berlaku pada ummi andai Allah tidak melindungi Tareq waktu itu. Astaghfirullah..cepat ummi tersedar,bukankah dunia ini milik Allah keseluruhannya? Allah menciptakan segalanya,dan telah Allah peringatkan bahwa segalanya hanya pinjam-pinjaman. Andai sampai masanya,andai telah tiba saatnya, dapatkah kita menidakkannya. Tersentap hati ummi bahawa anak itu memang anak ummi yang ummi kandung sembilan bulan,yang ummi lahirkan penuh keperitan,yang ummi besarkan dengan limpahan kasih sayang,andai pemiliknya inginkan dia kembali ummi wajib redha dan beriman kepada ketentuannya kerana anak itu hanya pinjam-pinjaman pada ummi…Subbahanallah,Allahuakbar!
3.       Tidak bergerak sesuatu kecuali dengan kehendak Allah. Ummi melihat wajah takut di mata Tareq waktu itu,juga lipatan kakinya di roda motor,juga sebelah tanganya menampung tubuhnya manakala sebelah lagi cuba menahan kemaraan motor itu. Perlindungan Allah menyelamatkan anak kecil itu sehingga tiada luka walau segaris calar di tubuhnya. Allah Maha Besar!
4.       Ummi juga kian sedar dan mengerti amanat,tanggungjawab ini adalah sangat besar ertinya pada ummi. Zahirnya seperti anak ummi yang amat memerlukan ummi,tapi andai di lihat dalam ruang kotak yang lebih besar,ummi juga amat memerlukan kasih sayang anak-anak ummi itu.Tanpa mereka kosong dan sunyilah hidup ummi. Dalam jerit pikuk kehadiran mereka, ummi sedar merekalah keindahan dan kerdipan bintang di malam dan siang ummi. Mereka bukan mengisi ruang kosong dalam kehidupan ummi tapi adalah titipan kasih sayang Allah pada ummi agar ummi beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Merekalah penghubung ummi pada syurga, pada kehebatan dunia, juga pada neraka andai ummi salah membentuknya,nauzubillah…Cuma ummi mmohon agar Allah sulamkan benih-benih sabar dan keteguhan iman dalam jiwa ummi dalam melentur anak-anak kecil ini. Cabaran membentuk sahsiah anak-anak ini sesungguhnya seperti sekam dalam api,baranya sentiasa ada tidak pernah padam. Andai terpercik setitis minyak sekali pun, maraknya bisa membinasakan…
Terima kasih Allah memberi  makna pada musibah yang datang. Menyingkap makrifat dalam rahsia yang tersimpan. Tentu saja ilmu itu milik Allah semuanya,dan tidak mungkin aku ketahui semuanya…Tapi Alhamdulillah,aku melihat dari kaca mata berbeza di ilhami agar aku memahami betapa kecil aku ini dan betapa sempit pemikiranku ini..Semoga perkongsian ini juga menyedarkan kita semua bahawa dunia ini bukan milik kita,berhentilah bicara tentang kehebatan kita,mungkin tiba masanya kita banyakkan bicara tentang kehebatan yang Maha Esa..Siapa kita sebenarnya?

Sunday 5 June 2011

Hari Keluarga



 4 Jun 2011, kami sekeluarga ke Morib untuk menyambut hari keluarga office Abi. Kami menetap di sebuah banglo di tepi pantai yang pada Ummi sangat cantik, besar dan selesa. Di sana kami memulakan aktiviti seawal tiba lagi kerana program yang ada agak padat juga...
Kami tiba di kediaman yang di sewa lebih kurang pukul 2 petang. Memandangkan kami sekeluarga belum makan tengahari lagi,jadi kami terus saja memilih salah satu gerai di tepi pantai Morib untuk mengisi perut. Selepas makan, aktiviti kami bermula,sambil beraktiviti ummi merajin-rajinkan tangan berklik-klik buat kenangan. Ummi sedari dulu memang sukakan laut,memandangnya menikmati suasananya seakan membrikan ummi energy yang luar biasa. Tapi sejak kahwin ni kuranglah sikit ke laut,abi tak macam ummi dia lebih sukakan suasana yang lebih happening. Well,we complete each other. Jom kita tengok gambar yang ummi sempat klik-klik dengan kamera buruk ummi!

Ha..inilah banglonya! Sampai jer ummi terus ambik gambar!

Si Achik ni blur lagi,tak tahu nak buat apa..

Sebelum kami mulakan apa-apa di banglo tu Abi excited tengok angin kuat. Terus main dengan abang and achik. Untuk Ima, ummi belikan dia pistol belon sabun. Bolehlah dia main dengan ummi tanpa mengganggu abang-abangnya.

Pandai ker?hehehe..

Kenapa tak nampak orang ni?Sebab ummi and abilah yang tengah pegang tali tu...

Inilah pemandangan pertama bila kami melangkah masuk ke kediaman kami.

Ini sebenarnya bilik tamu di tingkat atas,budak-budak ni dah tak sabar nak tengok bilik mereka.

Hmm..turun balik ummi kata. Nanti kita cari bilik. Ha..ni antara ruang di ruangan bawah.

Ini ruang dapur,luaskan?Achik sampai mendongak tengok kabinet,punyalah tinggi! hehehe..

Ini Sufiah,anak dara Roy yang comel sebaya dengan Imah.

Barulah tengok bilik tidur..

Cantik-cantik!

Pemandangan dari luar tingkap bilik ummi.

Time ke dapur, sama-sama prepare untuk dinner.

Sebelum matahari terbenam Abi ajak kami semua jalan-jalan ambik angin tepi pantai.

Seronoknya abang..dapat jalan-jalan!

Aktiviti malam kami bermula...

Sempat lagi ummi klik-klik lagi..

Sate! Tekalah berapa? 500 cucuk!

Bila nak nyala ni?


Ikan goreng tepung fresh dari laut, kentang lenyek dan buah.

Ni hasil tangan Pak Aziz, ketam masak kari.

Yang ni udang galah masak sweet sour. Ini cuma sebahagian sahaja,yang lain ada di buat goreng tepung dan bakar. 10 kg semuanya! Bak kata Abi,sampai julinglah makan udang! hehehe...

Balloon for kids.

Majlis kami mulai dengan doa selamat ringkas.

Sebahagian yang hadir.

Bakar..bakar..jangan tak bakar!

Imah dapat topeng..

Ini wife Ali,rancang jugak kami borak malam tu sampai Ali ajak dia balik. Kami pun berhentilah borak,rupa-rupanya tak jadi balik. Kacaulah!

Posing!

Makan-makan...

Abi dapat cabutan bertuah,bertuahnya...

Ini ruangan atas,ummi suka sangat tengok kemasan lantai kayu dan pintu kayu ni. Amat menggamit kenangan ummi pada sebuah rumah dimana ummi dibesarkan dahulu...

Imah..pagi-pagi dah siap!

Posing manja! Pandai dah anak dara ummi bergaya.

Pakcik Raja,penaja kediaman kami. Terima kasih pakcik! Semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki,amin...

 Kesayangan hamba...

Ima lagi..

Bye..nak siap-siap balik.

Klik!

Candid!

Tak siap lagi?




Peace!
Inilah orangnya yang rajin memukat ketam dan ikan yang menjadi antara hidangan kami malam tadi,tq Nik!