Monday 5 December 2011

Cuti Maal Hijrah, Walimah and Holiday!

Cuti panjang Maal Hijrah baru-baru ini Ummi dan keluarga habiskan di Pendang,Kedah. Sebenarnya berada di sana untuk meraikan perkahwinan dua pupu Ummi yang kami panggil Hafis sahaja. Tempoh kami di sana sangat singkat, tapi apa yang menarik ingin Ummi kongsikan adalah kebersamaan Ummi bersama-sama ahli keluarga yang amat Ummi sayangi - Uwan, Mak Long dan Mak Teh sekeluarga. Pak Ndak dan Mak Ndak pun ada juga tapi pulang lebih awal pada malam sebelumnya.

Kami tiba di Pendang lebih kurang selepas Zuhur, dan terus ke rumah pengantin perempuan. Selepas makan dan beramah mesra dengan ahli keluarga lain yang berada di sana kami pulang ke Homestay Kiara yang telah di tempah dua minggu sebelum majlis tersebut. Terima kasih kepada Achik dan keluarga di Kedah yang membantu kami mendapatkan Homestay ini walaupun pada waktu cuti sekolah ini.

Malamnya selepas berehat Ummi dan Mak Teh sekeluarga bershopping sakan di sebuah kedai kain yang amat terkenal di Pendang. Kedai Kain Lim,Pendang adalah satu kedai yang Ummi tak mungkin lepaskan peluang apabila berpeluang ke sana. Kenapa? hmmm..datanglah kalau nak tahu..setakat kain yang semeter RM8 di Kedai kain Nagoya kami dapat beli dengan harga RM15 untuk 4meter! Hehehe..Mak teh pun bukan main lagi berbelanja, yang lawak tu balik promote kat Mak Long pulak! Mak Long yang mula-mula malam tu jual mahal nak pegi, esok pagi-pagi terpengaruh jugak berbelanja di sana ;p .

Sebelum pulang kami singgah di rumah Achik di Pendang juga...hmmm..seronoknya dihidangkan pisang goreng panas dengan teh 'o sambil berbual dengan angin sepoi-sepoi bahasa di tepi bendang..Nyaman, tenang dan amat mengujakan apalagi bila Uwan yang jarang berbicara semenjak tiba, mula mengundang kenangan sewaktu dia mengusahakan sawah bendang bersama arwah datuk suatu masa dahulu. Terfikirlah Ummi andai waktu itu arwah ibu masih ada tentu lengkap kisah nostalgia yang cuma di ungkapkan...

Selepas borak, dan menjamah juadah juga tidak lupa pada Pak Teh yang rajin klik-klik sana sini, Mak teh dan keluarga mengambil keputusan untuk pulang dahulu. Ummi sekeluarga pula pulang selepas makan tengahari dan solat Zuhur. Ummi cuma klik-klik sedikit gambar sebelum check out dari Homestay kami..Marilah berkongsi sedikit kenangan klik-klik Ummi..


Comelnyer Mak Teh senyum...

Uwan..

My three kids with their Pak Su Nuar


Mak Long yang masih manis lagi..



No comments:

Post a Comment