Wednesday 28 December 2011
Seorang Pejuang
Aku terpaku pada tulusnya hati seorang pejuang..
Aku terpaku pada jernihnya jiwa seorang pejuang..
Aku terpaku pada indahnya lontaran kata yang lahir dari seorang pejuang..
Walau begitu lembut bahasa dipertuturnya
Walau begitu halus bait-bait bicaranya
Walau begitu kerdil dia melihat dirinya..
Aku melihat dia, mereka...
begitu besar dan gah jiwanya
Ikhlasnya mereka pada sebuah perjuangan
Ikhlasnya mereka pada sebuah kepayahan
Ikhlasnya mereka pada dunia yang memandang kecil dan hinanya mereka...
Ya Allah...
Kupanjatkan doaku buat pejuang-pejuangMu ini
Moga Kau limpahkan rahmat-Mu dan kesempurnaan kasih sayang-Mu buat mereka
Biar dalam payah dan getirnya..
Biar dalam perit dan sesaknya..
Biar dalam sakit dan deritanya..
Kau ciptakanlah rahmat kepadanya..
Moga kasih sayangMu tetap bersama mereka
Ciptakanlah bagi mereka kediaman indah di Firdaus Mu buat mereka
Kerana mereka pembela agamaMu
Kerana mereka pejuang agamaMu
Kerana mereka menegakkan syiarMu..
Moga buat mereka keberkatan dan kemuliaan..
Semoga Ya Allah...
Aku di kurniakan kekuatan yang sama
Semoga Ya Allah...
Aku di berikan keimanan yang sempurna
Semoga Ya Allah...
Syurga itu milik aku dan mereka..
Amin...
*Buat mereka yang bergelar pejuang
Wednesday 7 December 2011
Aku Nak Jadi Supermak!!!
Ummi nak jadi Supermak, boleh tak? Bolehlah...Bolehlah ye...hehehe..Apalah yang Ummi nak merepekkan sangat ni! Kenapa Ummi nak jadi supermak? Sebab Ummi merasakan terlalu banyak kerja yang perlu Ummi lakukan sekarang. Ummi kini adalah isteri, ibu, Pengurus, Palajar UM, Ketua Guru dan Guru kepada Pasti Imtiyaz Kids. Wah..banyaknya yang Ummi lakukan sekarang..Sangat banyak bagi Ummi dan sangat mendadak!
Namun benarlah firman Allah : -
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
[al-Ankabut, ayat 69]
Ummi bermula segalanya hanya dengan mempelajari dan memperkayakan diri Ummi dengan mengenal Allah. Mencari diri Ummi dan penciptaNya dan berdoa moga-moga Allah menunjukkan Ummi bagaimana mencari redhoNya. Alhamdulillah...segalanya cukup lengkap dan teratur. Satu persatu Allah mengatur hidup Ummi dengan susunan yang sangat lengkap dan menarik Teringat Ummi kata-kata Dr. Fadhilah Kamsah yang mengatakan bahawa setiap fasa hidup kita ini amat menarik dan di cipta untuk mematangkan dan mencantikkan perjalanan hidup kita.
Cuma mengingini menjadi Supermak adalah suatu keinginan yang datang saat Ummi merasakan tuntunan kerja yang sangat mendadak dan mendesak...Hari-hari biasa yang sibuk, hujung minggu yang berkisar di kampus dan Ummi berusaha memenuhi kehendak berlibur bersama keluarga di hari minggu... Cuma halangan yang datang juga bila tuntutan kerja yang ada memohon pengorbanan suami dan anak-anak pada hari libur yang sewajarnya hanya untuk keluarga sahaja pada asalnya...Alhamdulillah, Ummi amat berterima kasih pada seluruh ahli keluarga yang memahami dan setakat ini masih membantu dan bekerjasama.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (al-Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.” [al-Anfal, ayat 29]
Syukur juga ke hadrat Illahi atas kelapangan yang Ummi rasai walaupun dalam kesempitan yang Ummi rasai..Sekadar ingin menjadi Supermak, satu dongengan yang tidak mungkin Ummi temui hehehe...mengenangkannya Ummi gembira kerana Ummi adalah Ummi. Rasullullah yang memikul beban dakwah yang lebih berat pun tidak pernah memohon kepada Allah untuk memiliki kuasa yang luar biasa seperti dongengan super hero yang biasa kita dengar.
Surah Muhammad, ayat 7: -
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”
Semoga apa yang Ummi lakukan ini mendapat kelebihan di sisNya di dunia mahupun akhirat. Amin...
Monday 5 December 2011
Cuti Maal Hijrah, Walimah and Holiday!
Cuti panjang Maal Hijrah baru-baru ini Ummi dan keluarga habiskan di Pendang,Kedah. Sebenarnya berada di sana untuk meraikan perkahwinan dua pupu Ummi yang kami panggil Hafis sahaja. Tempoh kami di sana sangat singkat, tapi apa yang menarik ingin Ummi kongsikan adalah kebersamaan Ummi bersama-sama ahli keluarga yang amat Ummi sayangi - Uwan, Mak Long dan Mak Teh sekeluarga. Pak Ndak dan Mak Ndak pun ada juga tapi pulang lebih awal pada malam sebelumnya.
Kami tiba di Pendang lebih kurang selepas Zuhur, dan terus ke rumah pengantin perempuan. Selepas makan dan beramah mesra dengan ahli keluarga lain yang berada di sana kami pulang ke Homestay Kiara yang telah di tempah dua minggu sebelum majlis tersebut. Terima kasih kepada Achik dan keluarga di Kedah yang membantu kami mendapatkan Homestay ini walaupun pada waktu cuti sekolah ini.
Malamnya selepas berehat Ummi dan Mak Teh sekeluarga bershopping sakan di sebuah kedai kain yang amat terkenal di Pendang. Kedai Kain Lim,Pendang adalah satu kedai yang Ummi tak mungkin lepaskan peluang apabila berpeluang ke sana. Kenapa? hmmm..datanglah kalau nak tahu..setakat kain yang semeter RM8 di Kedai kain Nagoya kami dapat beli dengan harga RM15 untuk 4meter! Hehehe..Mak teh pun bukan main lagi berbelanja, yang lawak tu balik promote kat Mak Long pulak! Mak Long yang mula-mula malam tu jual mahal nak pegi, esok pagi-pagi terpengaruh jugak berbelanja di sana ;p .
Sebelum pulang kami singgah di rumah Achik di Pendang juga...hmmm..seronoknya dihidangkan pisang goreng panas dengan teh 'o sambil berbual dengan angin sepoi-sepoi bahasa di tepi bendang..Nyaman, tenang dan amat mengujakan apalagi bila Uwan yang jarang berbicara semenjak tiba, mula mengundang kenangan sewaktu dia mengusahakan sawah bendang bersama arwah datuk suatu masa dahulu. Terfikirlah Ummi andai waktu itu arwah ibu masih ada tentu lengkap kisah nostalgia yang cuma di ungkapkan...
Selepas borak, dan menjamah juadah juga tidak lupa pada Pak Teh yang rajin klik-klik sana sini, Mak teh dan keluarga mengambil keputusan untuk pulang dahulu. Ummi sekeluarga pula pulang selepas makan tengahari dan solat Zuhur. Ummi cuma klik-klik sedikit gambar sebelum check out dari Homestay kami..Marilah berkongsi sedikit kenangan klik-klik Ummi..
Comelnyer Mak Teh senyum... |
Uwan.. |
My three kids with their Pak Su Nuar |
Mak Long yang masih manis lagi.. |
Wednesday 23 November 2011
Lemahnya Insan...
Sibuknya Ummi kebelakangan ini...Kesibukan Ummi ini adakalanya mengundang stress yang agak tinggi dalam diri Ummi. Kerja-kerja biasa di rumah, ditambah lagi dengan tugasan sebagai isteri dan ibu juga amanah baru yang Ummi pikul. Alhamdulillah..ramai yang membantu. Tapi sebagai resminya Ummi sebagai insan biasa tidak pernah terpisah daripada rasa letih, lemah dan berputus asa.
"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya." (QS. Ath-Thalaq : 4)
Lemahnya manusia ini...Dalam dugaan kecil yang Allah berikan, amat mudah pula kita merasa lemah dan berputus asa. Amat mudah juga kita merasakan jauhnya Allah daripada kita. Walhal Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Mengetahui. Tak mungkin Allah memberikan kita dugaan dan ujian yang tak mampu kita memikulnya...
Seperti ayat Ath-Thalaq di atas, jelas dinyatakan seandainya kita menyerahkan diri kita bulat-bulat pada Allah nescaya Allah akan dengan mudahnya memberikan kita jalan keluar terhadap segala persoalan dalam kehidupan kita.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda, "Allah 'azza wa jalla berfirman, "Aku sediakan bagi hamba-hambaKu yang soleh segala kenikmatan (syurga) yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah didengar oleh telinga, bahkan belum pernah terbesit dalam hati sanubari manusia,"(HR.Muslim)
Sebagai motivasi dan peringatan buat Ummi,semoga hadith di atas sentiasa Ummi ingat intipatinya...Syurga..syurga..syurga...semoga apa yang sedang Ummi perjuangkan hari ini dan hari akan datang akan mendapat hasilnya di dunia dan akhirat. Amin..
Wednesday 9 November 2011
Allah Sebaik-baik Pembalas Kebaikan
Sibuknya Ummi sejak kebelakangan ini. Bukanlah sibuk sangat..tapi bila rutin harian berubah, daripada hanya menguruskan anak-anak kini ada komitmen baru, memang terasa kesibukannya. Almaklumlah,rutin yang sedia ada pun sentiasa membuat Ummi terkejar-kejar,ini pula bertambah amanat baru yang Ummi sanggupi untuk memikulnya.
Begitu pun alhamdulillah kerana Ummi di pilih oleh Allah untuk terus berbakti kepada masyarakat setempat. Masa juga amat berharga bagi Ummi ketika ini. Memandangkan ruang dan peluang yang terbuka, Ummi gembira bila Abi pun merestuinya. Terima kasih buat Abi yang sangat prihatin, sabar dan bertolak ansur. Sejak tanggungjawab baru ini Ummi pikul, kerap juga Ummi pulang lewat ke rumah. Tapi sehingga hari ini, Abi tetap sabar dan membantu Ummi mana yang kurang. Terima kasih sangat-sangat yer Abi...Moga apa yang Ummi lakukan ini Abi juga memperoleh kebaikanya.
Ummi terpanggil untuk bercerita tentang kata-kata seorang sahabat bila bercerita tentang kerja-kerja yang sememangnya tidak nampak keuntungan di dunia. Apabila wang ringgit menjadi ukuran dalam menjalankan segala amanat yang di beri..Juga Ummi kagum melihat sahabat Ummi yang lain, yang sangat tidak berkira dalam perjuangannya sehingga Ummi malu melihat dia dan suami yang sentiasa berusaha keras mencurahkan masa dan wang ringgit dalam usaha menegakkan agama Allah. Terima kasih Kak Zaiton Mohamed dan suaminya Abang Syukor yang banyak membantu dan memberi contoh tauladan yang baik kepada Ummi.
Terjemahan : Surah Al-A'raaf [7] : 179
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakkan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.Jadilah manusia yang melihat dengan mata hati, yang memahami bahawa dunia ini hanyalah sementara. Yang Allah ciptakan untuk beramal dan beribadat padanya. Memang benar kekayaan dunia memberikan kita kesenangan dan pilihan yang banyak. Namun menjadi manusia yang bersyukur adalah lebih utama. Ummi sangat bersetuju dan menganjurkan sahabat semua mengumpulkan harta namun tidaklah sehingga membawa kita menjadi salah seorang dari isi neraka.
Terjemahan : Surah Al-Anfaal [8] : 2
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal.Carilah harta dunia sebanyak yang kita suka, tapi Muslim yang baik ialah yang mengabdikan diri pada Tuhannya. Kepada sahabat-sahabat semua yang memudahkan segala urusan Ummi, moga Allah lah sebaik-baik pembalas kebaikan dan semoga segala usaha kecil ini mendapat keredhaan dan pahala berpanjangan. Amin...
Tuesday 25 October 2011
Adat VS Ibadat?
Surah Al-Baqarah [2] : 170
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?"
Maksudnya, mereka yang telah diseru supaya mengikut perintah dan larangan Allah yang Maha Agung, tetapi mereka ingkar dan beralasan tradisi nenek moyang tidak boleh ditinggalkan, iaitu penyembahan berhala dan membuat sekutu-sekutu bagi Allah yang Maha Agung. (Rujukan : Tafsir Ibn Katsir)
Ayat di atas di turunkan oleh Allah SWT mengisahkan tentang keingkaran orang-orang kafir di zaman Rasulullah SAW sewaktu mereka di seru agar beriman kepada Allah SWT. Masyarakat Jahiliyah ini amat mengagungkan tradisi atau budaya yang di warisi turun temurun dari nenek moyang mereka. Bagaimanapun, sebagaimana Al Quran itu menjadi petunjuk bagi mereka yang mengetahui dan berfikir, jelas bahawa ayat ini bukanlah di turunkan kepada umat di zaman Rasulullullah sahaja malah wajar di jadikan pengajaran sepanjang ketiadaannya juga.
Ummi ingin berkongsi cerita tentang fenomena dalam masyarakat kita. Terdapat fenomena baru dalam masyarakat kita apabila melakukan atau menunaikan ibadah kepada Allah ada saja kepercayaan atau pun budaya yang kononnya baru di masukkan dalam melaksanakanya. Ceritanya begini, Ummi baru saja di berikan oleh Abi bahawa ada sahabatnya yang ingin mengakikahkan anaknya dengan seekor kambing. Maka seperti biasa kita akan adakanlah jamuan untuk akikah itukan? Seronoknya tentang jamuan itu ia akan di adakan di Morib, dengan stail barbecue pula kambing itu. Lantas Ummi terus menggelengkan kepala dan istifar panjang. Lalu bertanyalah Abi kenapa Ummi reaksinya begitu. Lama Ummi diam agar Ummi menjawab dengan hikmah.
Lantas Ummi ceritakan padanya satu ungkapan Ulama' terkenal Malaysia iaitu Dr. Hassan Din Al-Hafiz, katanya sebarang ibadah yang di jalankan seandainya ada unsur-unsur maksiat atau riak dan sebagainya maka hilanglah barokah pada ibadah itu...Inilah yang kita takuti dalam masyarakat kita hari ini. Unsur-unsur maksiat, riak, kesombongan, hiburan keterlaluan, sangat berleluasa. Abi kemudian menambah pula, mana awak tahu orang tu sombang, dia nak buat suka-suka apa salahnya? Haa...itulah dia! Akikah bukan jamuan suka-suka. Ia di lakukan sebagai menebus diri anak yang lahir itu dan sebagai melahirkan rasa syukur kepada Allah atas kurniaan yang sangat berharga itu. Ummi jawab sekali lagi dengan Abi, memanglah riak, ikhlas itu hanya Allah saja yang Maha Mengetahui kerana ia rahsia hati manusia cuma kita boleh dapat melihatnya secara zahir. Maaflah andai kata ada yang tidak bersetuju,tapi pada Ummi pemilihan tempat, menu dan agenda suka-suka itu bukan sesuatu yang di anjurkan dalam Islam. Itulah yang Ummi cuba jelaskan.
Dalam masyakat kita hari ini, majlis barokah yang di penuhi dengan sempada syariat sukar di cari. Kebanyakkanya adalah budaya semata-mata. Sedihnya, ada antaranya ibadah ikut-ikutan sahaja. Walimatul urus, akikah, cukur jambul, melenggang perut, bertunang..Amalan-amalan ini yang sepatutnya mendatangkan pahala dan sedekah besar buat kita, kini malah menjadi dosa pula...Nauzubillahhiminzalik..
Dari Irbadh bin Sariyah : Rasulullah saw bersabda, “Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah Subhana wa Ta’ala, dengan mendengar dan taat, meskipun yang memerintahkan kamu adalah seorang budak dari Habsyah. Kamu akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat sesudahku, maka hendaklah kamu berpegang pada Sunnah-ku dan Sunnah-Khulafa ur rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah dengan gigi gerahammu dan jauhilah perkara-perkara baru, sesungguhnya setiap bidaah (perkara baru dalam agama) adalah sesat.” [0040] Sahih Ibnu Majah
Kembalilah kepada Islam yang benar. Sekurang-kurangnya ambillah tahu bagaimana sewajarnya sesuatu ibadah itu wajar di lakukan, bukan sekadar ikut-ikutan sahaja. Ummi tak kata mengikut budaya itu salah, tapi berhati-hatilah pada yang benar-benar salah...Takut ia memang salah, sesalah-salahnya...
Wallahualam.
Wednesday 19 October 2011
Kisah Anak-Anak dan Kesempurnaan..
Hari ini,sedari pagi Ummi banyak sangat berfikir. Agaknya ini hari untuk merenung-renung diri kot! hehehe... Semalam sepanjang hari Ummi rasa sangat tidak sedap badan dan entah mengapa, kita yang selalu jugak rasa tak selesa badan ni selalu juga tak mengambil ikhtibar. Seperti selalu,kerenah anak-anak memang sukar di mengertikan. Hmm..anak-anak,apalah yang faham tentang penderitaan ibu bapa. Sudah lumrah, keseronokan bermain yang lebih utama. Memang tak asing juga bila ibu bapa kerap marah dengan situasi ini.
Ummi punya anak-anak yang sangat aktif. Sehingga Ummi melihat ramai orang selalu menggelengkan kepala bila melihat ragam dan kerenah anak-anak Ummi. Aduh,alangkah malu dan seganya Ummi bila berada di khalayak umum. Adakalanya Ummi mampu tersenyum pahit sahaja. Ironinya bila berada di rumah, kesabaran Ummi bagai di mamah-mamah rasanya! Sudahlah bekalan sabar yang ada di dalam dada Ummi ni pun bukanya sebanyak mana. Maha Suci Allah yang menciptakan manusia, semoga Ummi dibekalkan kesabaran yang lebih tinggi.
Ummi pernah juga berbual dengan adik dan beberapa sahabat Ummi,ternyata kami para ibu ini memang sukar mengekang kemarahan apabila ia tiba. Kemuncaknya apabila rotan di gunakan sebagai medium untuk mendidik anak-anak. Kononya rasa puas, tapi entah berjaya atau tidak didikanya. Esok lusa anak-anak ini mengulangi lagi kesilapan semalam. Ummi mohon banyak-banyak agar Ummi diberi kesabaran,itu sajalah rasanya yang mampu Ummi perbuat. Semoga sahabat yang membaca coretan Ummi juga mendoakan Ummi agar banyak-banyak sabar,Insya Allah...
Teringat Ummi kata-kata Dr.Fadzilah Kamsah, katanya anak-anak yang aktif adalah anak-anak yang bijak. Kalau dia jenis budak yang diam saja,dia bukanlah tergolong dalam anak-anak yang cerdas. Semoga apa yang dibicarakan itu menjadi kenyataan, insya Allah. Kekadang Ummi juga sedar dalam melahirkan generasi baru ini cabaranya cukup hebat apalagi andai kita sangat-sangat mengharap pada kesempurnaan..Sebagai perkongsian Ummi ingin berkongsi catatan daripada seorang insan yang pernah banyak Ummi belajar daripada. Semoga menjadi manfaat kita bersama terutama dalam mendidik anak-anak. Kita tidak sempurna, begitu jugak mereka anak-anak kita..Sempurna itu milik Allah. Moga-moga peringatan ini tetap Ummi ingati sepanjang mendidik anak- anak Ummi Insya Allah!
Sewajarnya sebagai umatnya, kita perlu mencontohi keperibadian Rasulullah SAW dengan cara mengamalkan sifat sederhana dalam semua perkara. Ia satu tindakan terbaik dan pilihan paling tepat bagi seorang Muslim.
Firman Allah bermaksud:
“Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan jangan pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu.”
(al-Isra’:110)
Rasulullah SAW pernah mengakui bahawa sederhana dalam segala aspek itu adalah bagus seperti sabda Baginda bermaksud:
“Sebaik-baik perkara adalah tengah-tengahnya (sederhana).” (Hadis riwayat Baihaqi)
Berusahalah mengikis sikap 'perfectionist' di dalam diri yang selama ini menyebabkan kita terperangkap dalam dunia 'serba tak kena' ini. Tidak dinafikan terdapat individu perfectionist yang menempa kejayaan didalam hidup mereka. Tetapi berapa kerat? Jika dengan sikap perfectionist ini menyebabkan kita mudarat, apa perlunya kita memiliki sifat ini?
Bagi saya, jika kita ingin kekal dengan sifat perfectionist, kita tidak boleh hidup didunia ini dan terlibat dengan orang lain, dan ini adalah sesuatu yang mustahil. Dengan gangguan OCD ini, sikap perfectionist membuat kita menjadi lebih tersiksa. Bayangkanlah, mana ada didalam dunia ini, dimana orang lain tahu apa yang kita fikirkan.
Contohnya seperti kita mahu turun dari tangga dan menuju ke sinki dapur, dan kita tidak mahu ada sesiapa menegur kita sehingga kita ke sinki, tetapi, bagaimana jika ada orang lain di rumah? tentu kita akan ditegur bila-bila masa, mungkin kita akan ditanya sesuatu perkara dan sebagainya. Ini adalah hakikat kehidupan normal. Dan orang yang menyapa kita itu melayan kita sebagai seorang normal dan waras. Tetapi kebanyakan OCD's boleh terganggu dan terasa ingin naik semula ke atas dan turun semula tanpa ditegur. Jika second round pula ada orang lain pula menyapa kita, atau telefon bimbit berbunyi? bagaimana? rasa ingin terduduk dan marah? Ini sebagai contoh kecil sahaja.
Bila perkara seperti ini berlaku, atau dalam senario yang lain (mungkin gangguan pada individu lain didalam bentuk lain, tetapi hakikatnya sama), apa yang perlu kita lakukan untuk menteramkan jiwa kita yang terganggu?
Ingatkan diri bahawa, apa yang kita hadapi ini adalah kehidupan normal manusia, dan cara pemikiran kita yang perfectionist itu membuatkan kita terpenjara. Cuba fahami ini: Apakah maksud PERFECT? = SEMPURNA.
Siapakah yang sempurna? Tiada sesiapa yang sempurna, Hanya ALLAH SWT SAHAJA YANG MAHA SEMPURNA. Adakah kita ingin menjadi Tuhan?..Oleh kerana kita bukan Tuhan, tetapi hamba, maka kerana itulah sifat perfectionist ini tidak sesuai dimiliki atau dilayan oleh kita.
Kemasan cadar tidak betul-betul rata dan licin?..katakan :
habis tu, mengapa? masuk nerakakah? Berdosakah?
Susunan buku tidak mengikut laras geometri yang tepat, katakan:
Habis tu, mengapa? adakah salah disisi Allah perkara itu?
Kita setiap hari mengucapkan:
Sesungguhnya solatku, amal ibadahku, hidupku dan matiku hanya semata-mata kerana Allah SWT, Tuhan Semesta Alam.
(setiap hari 5 kali sehari kita mengulangi kalimat ini didalam solat). Maka terapkan dalam hati kita, segala yang kulakukan adalah kerana Allah, jika susunan buku itu membuat aku terganggu, adakah aku ini terganggu kerana cara susunan buku yang salah itu berdosa disisi Allah? sama sekali tidak. Maka mengapa aku mesti merasa terganggu?
Begitu jugalah dengan perkara-perkara lain, serta merta ingatkan apakah hukumnya perkara yang kita rasa terganggu itu disisi Allah. Ingatlah, bahawa hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
SUMBER :-
http://husnuzzonloa.blogspot.com/2011/10/tiada-yang-sempurna-untuk-ocds.html oleh ARJUNASETIA
Ummi punya anak-anak yang sangat aktif. Sehingga Ummi melihat ramai orang selalu menggelengkan kepala bila melihat ragam dan kerenah anak-anak Ummi. Aduh,alangkah malu dan seganya Ummi bila berada di khalayak umum. Adakalanya Ummi mampu tersenyum pahit sahaja. Ironinya bila berada di rumah, kesabaran Ummi bagai di mamah-mamah rasanya! Sudahlah bekalan sabar yang ada di dalam dada Ummi ni pun bukanya sebanyak mana. Maha Suci Allah yang menciptakan manusia, semoga Ummi dibekalkan kesabaran yang lebih tinggi.
Ummi pernah juga berbual dengan adik dan beberapa sahabat Ummi,ternyata kami para ibu ini memang sukar mengekang kemarahan apabila ia tiba. Kemuncaknya apabila rotan di gunakan sebagai medium untuk mendidik anak-anak. Kononya rasa puas, tapi entah berjaya atau tidak didikanya. Esok lusa anak-anak ini mengulangi lagi kesilapan semalam. Ummi mohon banyak-banyak agar Ummi diberi kesabaran,itu sajalah rasanya yang mampu Ummi perbuat. Semoga sahabat yang membaca coretan Ummi juga mendoakan Ummi agar banyak-banyak sabar,Insya Allah...
Teringat Ummi kata-kata Dr.Fadzilah Kamsah, katanya anak-anak yang aktif adalah anak-anak yang bijak. Kalau dia jenis budak yang diam saja,dia bukanlah tergolong dalam anak-anak yang cerdas. Semoga apa yang dibicarakan itu menjadi kenyataan, insya Allah. Kekadang Ummi juga sedar dalam melahirkan generasi baru ini cabaranya cukup hebat apalagi andai kita sangat-sangat mengharap pada kesempurnaan..Sebagai perkongsian Ummi ingin berkongsi catatan daripada seorang insan yang pernah banyak Ummi belajar daripada. Semoga menjadi manfaat kita bersama terutama dalam mendidik anak-anak. Kita tidak sempurna, begitu jugak mereka anak-anak kita..Sempurna itu milik Allah. Moga-moga peringatan ini tetap Ummi ingati sepanjang mendidik anak- anak Ummi Insya Allah!
Tiada yang sempurna (Untuk OCD's)
Mengambil jalan bersederhana dalam segala hal menggambarkan satu gambaran akhlak yang sangat murni dan terpuji. Sifat inilah yang sentiasa menghiasi kehidupan Rasulullah SAW sehari-hari sepanjang perjalanan hayatnya.Sewajarnya sebagai umatnya, kita perlu mencontohi keperibadian Rasulullah SAW dengan cara mengamalkan sifat sederhana dalam semua perkara. Ia satu tindakan terbaik dan pilihan paling tepat bagi seorang Muslim.
Firman Allah bermaksud:
“Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan jangan pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu.”
(al-Isra’:110)
Rasulullah SAW pernah mengakui bahawa sederhana dalam segala aspek itu adalah bagus seperti sabda Baginda bermaksud:
“Sebaik-baik perkara adalah tengah-tengahnya (sederhana).” (Hadis riwayat Baihaqi)
Berusahalah mengikis sikap 'perfectionist' di dalam diri yang selama ini menyebabkan kita terperangkap dalam dunia 'serba tak kena' ini. Tidak dinafikan terdapat individu perfectionist yang menempa kejayaan didalam hidup mereka. Tetapi berapa kerat? Jika dengan sikap perfectionist ini menyebabkan kita mudarat, apa perlunya kita memiliki sifat ini?
Bagi saya, jika kita ingin kekal dengan sifat perfectionist, kita tidak boleh hidup didunia ini dan terlibat dengan orang lain, dan ini adalah sesuatu yang mustahil. Dengan gangguan OCD ini, sikap perfectionist membuat kita menjadi lebih tersiksa. Bayangkanlah, mana ada didalam dunia ini, dimana orang lain tahu apa yang kita fikirkan.
Contohnya seperti kita mahu turun dari tangga dan menuju ke sinki dapur, dan kita tidak mahu ada sesiapa menegur kita sehingga kita ke sinki, tetapi, bagaimana jika ada orang lain di rumah? tentu kita akan ditegur bila-bila masa, mungkin kita akan ditanya sesuatu perkara dan sebagainya. Ini adalah hakikat kehidupan normal. Dan orang yang menyapa kita itu melayan kita sebagai seorang normal dan waras. Tetapi kebanyakan OCD's boleh terganggu dan terasa ingin naik semula ke atas dan turun semula tanpa ditegur. Jika second round pula ada orang lain pula menyapa kita, atau telefon bimbit berbunyi? bagaimana? rasa ingin terduduk dan marah? Ini sebagai contoh kecil sahaja.
Bila perkara seperti ini berlaku, atau dalam senario yang lain (mungkin gangguan pada individu lain didalam bentuk lain, tetapi hakikatnya sama), apa yang perlu kita lakukan untuk menteramkan jiwa kita yang terganggu?
Ingatkan diri bahawa, apa yang kita hadapi ini adalah kehidupan normal manusia, dan cara pemikiran kita yang perfectionist itu membuatkan kita terpenjara. Cuba fahami ini: Apakah maksud PERFECT? = SEMPURNA.
Siapakah yang sempurna? Tiada sesiapa yang sempurna, Hanya ALLAH SWT SAHAJA YANG MAHA SEMPURNA. Adakah kita ingin menjadi Tuhan?..Oleh kerana kita bukan Tuhan, tetapi hamba, maka kerana itulah sifat perfectionist ini tidak sesuai dimiliki atau dilayan oleh kita.
Kemasan cadar tidak betul-betul rata dan licin?..katakan :
habis tu, mengapa? masuk nerakakah? Berdosakah?
Susunan buku tidak mengikut laras geometri yang tepat, katakan:
Habis tu, mengapa? adakah salah disisi Allah perkara itu?
Kita setiap hari mengucapkan:
Sesungguhnya solatku, amal ibadahku, hidupku dan matiku hanya semata-mata kerana Allah SWT, Tuhan Semesta Alam.
(setiap hari 5 kali sehari kita mengulangi kalimat ini didalam solat). Maka terapkan dalam hati kita, segala yang kulakukan adalah kerana Allah, jika susunan buku itu membuat aku terganggu, adakah aku ini terganggu kerana cara susunan buku yang salah itu berdosa disisi Allah? sama sekali tidak. Maka mengapa aku mesti merasa terganggu?
Begitu jugalah dengan perkara-perkara lain, serta merta ingatkan apakah hukumnya perkara yang kita rasa terganggu itu disisi Allah. Ingatlah, bahawa hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
SUMBER :-
http://husnuzzonloa.blogspot.com/2011/10/tiada-yang-sempurna-untuk-ocds.html oleh ARJUNASETIA
Subscribe to:
Posts (Atom)